Malaysia Raih Kejayaan Gemilang di Anugerah GILMS Singapura 2025

Oleh: Norazni Ismail. SEPANG 24 OGOS 2025 - Delegasi Malaysia mencatatkan kejayaan membanggakan apabila memenangi pelbagai kategori dalam Anugerah Cemelang Global Institute of Leadership and Management Singapore (GILMS) 2025 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura. Majlis gilang-gemilang ini menyaksikan Malaysia muncul sebagai negara dengan pemenang terbanyak daripada 10 negara yang terlibat, membuktikan kehebatan bakat tempatan di persada antarabangsa. YBhg Dato' Dr Hjh Zahirita Azlin muncul sebagai bintang utama dengan memenangi tiga anugerah sekaligus, iaitu Usahawan Wanita Terkemuka 2025, International Entrepreneur Excellence Award, dan dilantik sebagai Duta GILMS. Produk kebanggaannya, LNR yang merupakan semburan rambut mewah, turut menerima International Service Excellence Award 2025. Kejayaan yang mengejutkan ini dicapai dalam tempoh kurang setahun setelah LNR berjaya memasuki pasaran lapan negara dan menjadi trending di kalangan pengguna. Industri seni Malaysia t...