Noh Salleh dan Insomniacks Teraju Konsert Penyembuhan Jiwa di Melaka

Oleh: Papadin. MELAKA - Perayaan Patahati Universe bakal menyajikan pengalaman muzik yang unik dengan menggabungkan hiburan dan penyembuhan jiwa melalui persembahan Noh Salleh dan Insomniacks di Panggung Bangsawan Melaka pada 23 Ogos ini. Konsert perdana yang bertagline "Himpunan Warga Patahati" ini direka khas untuk merawat hati, emosi dan perasaan penonton yang pernah mengalami kepahitan hidup, sambil menyuntik kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dalam masyarakat masa kini. Menurut Pengarah Projek Cassandra, konsert berdurasi hampir tiga jam ini akan menampilkan 25 lagu bertemakan galau, patah hati dan penyembuhan yang dibawakan oleh artis-artis terpilih termasuk band Cherpen, Kucaimars dan Rijeu sebagai pembuka acara. Persembahan akan diselangi dengan tayangan drama pendek dan pesan motivasi daripada influencer TikTok, Motivasi Fiq Sam, bertujuan mencipta perjalanan emosi yang puitis di mana melodi menjadi ubat dan lirik menjadi penawar bagi jiwa yang terluka. ...