Posts

Showing posts with the label PRODUK

WAWA Global: Era Baharu, Produk Baharu, Jenama Baharu

Image
  Oleh: Norazni Ismail. BANGI, 20 JULAI 2025 - Syarikat kosmetik tempatan Wawa Global Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah mengukir pencapaian gemilang dalam industri kecantikan Malaysia dengan melancarkan tiga produk pelindung matahari baharu berserta logo syarikat yang diperbaharui. Majlis pelancaran yang bertajuk "Chapter Baru" ini bukan sekadar memperkenalkan produk terbaharu, malah menandakan transformasi jenama yang lebih matang dan berdaya saing tinggi di pasaran tempatan mahupun global. Tiga produk sunscreen baharu ini diformulasi khusus menggunakan teknologi mineral terkini yang selamat dan mesra kulit, dengan sasaran utama pengguna aktif dalam sukan tanpa mengira jantina. Formula yang dibangunkan ini menepati komitmen syarikat dalam menyediakan produk kosmetik berkualiti tinggi, halal dan selamat untuk semua lapisan masyarakat. Kejayaan jenama Wawa terbukti menerusi jualan sunscreen yang telah melepasi 4 juta unit seja...

Dato' Khadijah Ibrahim Komited Bantu Anak Seni Melalui Sos Cili Pedas Ibu

Image
Dato' Khatijah Ibrahim atau lebih mesra di panggil Ibu (tengah) bersama Cik Baizura Tazri (Co Fouder Sos Ibu) (kiri) dan Puan Siti Faizan (Group Puchasing Executive ST Rosyam). Oleh: papadin. KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2025 – Ikon seni negara Dato' Khadijah Ibrahim sekali lagi membuktikan komitmennya terhadap industri seni tempatan apabila melancarkan produk terbaharu, Sos Cili Pedas Ibu, di pasar raya ST Rosyam Mart, Kuala Lumpur hari ini. Pelancaran bersejarah ini bukan sekadar menandakan perjalanan keusahawanan beliau, tetapi juga menjadi platform inovatif untuk membantu anak seni yang memerlukan sokongan, khususnya wartawan dan artis veteran yang terkesan selepas pandemik. Produk eksklusif ini kini boleh didapati di ST Rosyam Mart serta platform dalam talian Shopee dan TikTok Shop, dengan sasaran jualan mencapai 3,000 hingga 4,000 botol sebulan. Dato' Khadijah Ibrahim turut merancang memperkenalkan variasi baharu seperti sos tiram dan sos cili khas untuk nasi ayam menjela...

Kebangkitan Semula Jenama Kasut Fung Keong: Dari Penerbitan Buku Hingga Menghidupkan Kembali Ikon Kasut Tempatan

Image
En Izzat Amir (Pakar Strategi Jenama) memegang kasut Fung Keong keluaran khas Allahyarham Pyan Habib. Oleh: Papadin. SEREMBAN 06 JULAI 2025 - Perjalanan menarik seorang penerbit buku yang beralih arah menjadi penjual kasut bermula apabila Izzat, pemilik Raba k  Li t  Publishing yang diasaskan oleh En Mohd Jayzuan, secara tidak sengaja menemui sejarah jenama kasut tempatan Fun g Ke ong semasa membuat penyelidikan di Pulau Pinang pada akhir 2019. Selepas bekerja hampir 10 tahun di PTS Media Group sebelum memulakan syarikat penerbitannya sendiri pada 2017, Izzat tidak pernah menyangka bahawa pertemuannya dengan sutradara Nasir Jani akan membuka babak baru dalam hidupnya. Ketika menemu bual seorang ikon skateboarder untuk projek buku, mereka lebih banyak bercakap tentang kasut, dan malam itu setelah menonton semula filem 'Kembara Seniman Jalanan', Nasir Jani menceritakan tentang kewujudan kasut tempatan Fung Keong yang dipakai oleh M. Nasir dan Pyan Habib dalam filem tersebut, jau...

Sos Cili Buatan Tangan Datuk Khatijah Ibrahim Menggegar Singapura dan Brunei - Rahsia Kejayaan Industri Makanan Tempatan

Image
Datuk Khatijah  merancang untuk mengeluarkan produk sampingan lain seperti minyak cili, sos tiram dan sos cili khas untuk nasi ayam dalam masa terdekat. Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA 17 JUN 2025 - Seorang artis tempatan yang dikenali sebagai Ibu telah melancarkan produk terbaru beliau, iaitu sos cili pedas yang kini mendapat sambutan hangat di Malaysia dan negara jiran. Produk yang telah dirancang sejak tahun lepas ini bukan sahaja bertujuan untuk membangunkan perniagaan peribadi, tetapi juga membuka peluang kepada rakan artis lain untuk menjadi pengedar dan mencipta sumber pendapatan baharu. Menurut Ibu, keuntungan yang diperoleh pada akhir tahun akan digunakan untuk membantu artis lain melancarkan produk mereka sendiri, termasuk membantu Syilah dengan produk rempah rendang dan beberapa artis lain yang telah menunjukkan minat. Strategi pemasaran produk ini meliputi platform digital seperti TikTok dan My Day, serta kedai runcit North Siamat, dengan perancangan untuk memasuki...

Kewpie Malaysia Sambut Abad Pertama Mayonis Jepun dengan Program Kulinari dan Pendidikan Istimewa

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 12 JUN 2025 – Jenama mayonis premium Kewpie Malaysia Sdn. Bhd. sedang mengadakan sambutan besar-besaran bagi meraikan ulang tahun ke-100 Kewpie Mayonnaise yang bersejarah. Perayaan ini menandakan satu abad inovasi perisa dan kualiti yang dipercayai sejak jenama kelahiran Jepun ini mula diperkenalkan pada tahun 1925 oleh pengasas Toichiro Nakashima. Kewpie Mayonis yang terkenal dengan tekstur kaya, berkrim dan rasa umami yang berbeza telah berjaya memikat hati keluarga, tukang masak dan penggemar makanan di seluruh Asia termasuk Malaysia sejak kehadirannya di sini pada tahun 2009. Bagi memeriahkan sambutan bersejarah ini, Kewpie Malaysia telah melancarkan "Peraduan Mayonis 100 Tahun Kewpie" yang menawarkan hadiah utama berupa perjalanan impian ke Jepun. Peserta hanya perlu mencipta hidangan unik menggunakan Kewpie Mayonis Gaya Jepun, merakam foto dan video pendek sepanjang 30 hingga 45 saat, kemudian menyiarkannya di platform media sosial ...

SIRIM Berhad mengukuhkan kerjasama strategik dengan Ensu Lifesciences Sdn Bhd (ELSB).

Image
Dari kiri YBrsh Dr Fazilah Fazan (Pengarah Kanan Life Sciences Centre, Penyelidikan Industri SIRIM),  Ir. Ts. Dr. Muhammad Izzal Ismail, YBhg Dato' Indera Ir Dr. Ahmad Sabirin Arshad (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad),  Dr. Suhana @ Husin (Pengerusi Eksekutif Ensu Lifesciences Sdn Bhd) dan YBrsh Puan Nur Firzan bt Suhana @ Husin (Ketua Pegawai Eksekutif Ensu Lifesciences Sdn Bhd). Oleh: Norazni Ismail. SHAH ALAM 20 FEBRUARI 2025 - SIRIM Berhad mengukuhkan kerjasama strategik dengan Ensu Lifesciences Sdn Bhd (ELSB) melalui Perjanjian Pelesenan Teknologi (TLA) yang dimeterai hari ini. Perjanjian ini menandakan satu pencapaian penting dalam pemindahan teknologi dan pengkomersialan Teknologi Penjagaan Kulit Kawalan Jerawat dan Parut, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang didorong oleh inovasi. Majlis menandatangani perjanjian tersebut menyaksikan komitmen SIRIM dalam memperkukuh keupayaan dan kapasiti industri merentasi pelbagai d...

Varisha Collection Lancar Koleksi "Raya Series" Bersama Duta Baharu, Amira Othman

Image
Amira Othman sebagai duta selebriti rasmi jenama bersama produk Varisha Collection. Oleh: Norazni Ismail. Shah Alam, 11 Januari 2025 - Varisha Collection Sdn. Bhd. melancarkan koleksi eksklusif "Raya Series" dalam satu acara istimewa yang berlangsung di Central i-City, Shah Alam bermula 9 hingga 12 Januari 2025. Pelancaran ini turut dimeriahkan dengan pengumuman penyanyi dan pelakon popular, Amira Othman sebagai duta selebriti rasmi jenama tersebut. Amira Othman ( Duta  Varisha Collection) bersama Marisha Paudzai (Pengurus Perniagaan Varisha Collection  Sdn. Bhd). Acara ini bertambah meriah dengan pelancaran lagu terbaharu Amira Othman bertajuk "Bila Nak Kahwin" di bawah naungan Sony Music Malaysia dengan kerjasama Emiera Othman Ventures. Lagu pop ini yang dilancarkan pada 10 Januari 2025 merupakan hasil kolaborasi kreatif bersama komposer terkenal Iqie Hugh dan Omar K, dengan video muziknya akan ditayangkan pada 11 Januari 2025, jam 3 petang. Koleksi "Raya Se...

Kolaborasi Universal Music Malaysia dan Surya Malaysia Lantik Ernie Zakri Sebagai Duta Zeleb+ NMN

Image
  Oleh: Zizi Hashim Universal Music memanfaatkan pengaruh selebritinya, berusaha untuk menyebarkan lebih banyak kegembiraan melalui ‘kesejahteraan berpaksikan muzik’ kepada orang ramai manakala Surya terus komited untuk membangunkan lebih banyak produk kesihatan buat rakyat Malaysia. Dengan misi untuk meningkatkan landskap kesihatan negara dan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat, kolaborasi terbaru bersama Universal Music Malaysia dalam memperkenalkan era baru sinergin antara kesejahteraan dan muzik. Usahasama ini memperkenalkan produk pertama mereka, Zeleb+ NMN setelah menyedari potensi NMN untuk meningkatkan tenaga, kecergasan dan penuaan yang sihat. Ini adalah sejajar dengan hala tuju strategik kedua-dua pihak untuk mempromosikan kesejahteraan dan kebahagiaan disamping meluaskan manfaat NMN kepada masyarakat sekaligus menjadikannya lebih daripada pemerhatian anekdot secara asas untuk kehidupan rakyat Malaysia. Dilantik sebagai Duta Zeleb+ NMN, E...