NEX dan Fattah Amin Lancar Kempen Solidariti untuk Palestin

Oleh: Norazni Ismail. PUTRAJAYA 04 SEPTEMBER 2025 - Jenama minuman tempatan NEX bersama pelakon terkenal Fattah Amin melancarkan kempen solidariti istimewa bertajuk "NEX & Fattah Amin Bersama Palestin" di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. Kempen ini bukan sekadar kutipan dana biasa, tetapi merupakan gerakan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui tindakan mudah namun bermakna, membuktikan bahawa walaupun tindakan sekecil membeli sebotol air mampu membawa harapan kepada saudara-saudara di Palestin. Kempen yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2025 ini mensasarkan untuk menggerakkan rakyat Malaysia membeli 500,000 botol NEX dalam tempoh 24 jam, dengan RM0.50 daripada setiap botol akan disumbangkan untuk mencapai sasaran kolektif sebanyak RM250,000. Hasil kutipan akan disalurkan terus kepada usaha bantuan kemanusiaan di Gaza melalui kerjasama dengan Cinta Gaza Malaysia (CGM). Pemilihan tarikh 17 Oktober turut membawa simbolisme tersendiri bagi memperingati trage...