Drama TikTok "Hello Bam Bam" Angkat Isu Kesihatan Mental Melalui Inisiatif CSR

Krew produksi, para pelakon serta penaja Drama Hello Bam Bam bergambar. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 04 SEPTEMBER 2025 - Drama TikTok terbaharu bertajuk "Hello Bam Bam" telah muncul sebagai sebuah inisiatif seni yang berani mengangkat isu-isu sensitif seperti kesihatan mental, trauma kanak-kanak, dan kehidupan golongan terpinggir dalam masyarakat. Hasil kerjasama antara penerbit Amy Mazurah dan MFI Group, drama inspirasi ini khusus dicipta untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat, terutamanya remaja yang berhadapan dengan pelbagai tekanan hidup termasuk buli, kecenderungan bunuh diri, krisis identiti, dan kezaliman sosial. Dengan tagline yang kuat "Hidup Itu Struggle.. Tapi Kami Tak Give Up!", drama ini bukan sekadar hiburan tetapi sebuah medium kesedaran sosial yang penting. Keunikan Hello Bam Bam terletak pada konsep "Interactive Ending" yang membolehkan penonton memilih sendiri pengakhiran cerita sama ada berakhir gembira atau sedih, m...