Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 04 NOVEMBER 2024- Kugiran legenda Indonesia, Nidji, bakal mengadakan konsert solo pertama mereka di Malaysia dengan tajuk "Nidji 2.3: The New Chapter" yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 2 Februari 2025. Konsert yang dinanti-nantikan ini merupakan hadiah istimewa buat peminat sempena sambutan ulang tahun ke-23 Nidji dalam industri muzik serantau. Nidji telah membuktikan ketahanan mereka dalam industri muzik Indonesia selama lebih dua dekad dan kini berjaya mencuri perhatian generasi baharu, terutamanya melalui fenomena viral lagu "Sumpah Dan Cinta Matiku" di platform TikTok. Barisan ahli Nidji yang terdiri daripada Yusuf Ubay (vokal/saksofon), Andro Regantoro (bass), Randy Danistha (papan kekunci/synthesizer), Ramadhista Akbar dan Andi Ariel Harsya (gitar), serta Adri Prakarsa (dram) akan membawakan persembahan yang dijangka memukau penonton dengan gabungan lagu-lagu popular mereka. "Nidji 2.3: The New C...
Comments
Post a Comment