Ungu Tetap Unggul dengan Mayapada Ungu 30 Hits Timeless

 

Foto: Fendi Ghafar.

Oleh: RyesHazmanja

Telah beberapa hari konsert Mayapada Ungu melabuhkan tirai. Namun pada peminatnya masih belum mampu 'move on' dengan hebatnya impak konsert tersebut. Susunan lagu sebanyak 30 buah lagu meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat setia Ungu.

Celoteh Pasha yang menggelikan hati para peminat membuat peminatnya tersenyum meleret panjang hingga berakhirnya konsert. Pada 25 Februari 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur, band Ungu sekali lagi menggegarkan peminat tanahair kali ini dengan bertemakan warna Ungu. Rata-rata yang datang memakai pakaian berwarna Ungu mengikut tema warna yang di aturcarakan.

Memulakan malam dengan lagu “Hampa” cukup membuat peminat Ungu menjerit seperti diserang hysteria diikuti dengan lagu “Percaya Padaku” semakin gegak gempita Megastar Arena KL di buatnya. Kehadiran VVIP seperti KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah dan anakanda-anakanda beliau mengamatkan lagi ruang Megastar Arena itu.

Foto: Fendi Ghafar.


Celoteh Pasha yang bersahaja semakin memanaskan konsert di malam itu. Pasha juga menyatakan julung-julung kalinya mereka menyanyikan hampir 30 buah lagu pada konsert kali ini. Ada beberapa lagi baru dan banyak juga lagu 'Hits' mereka dalam ke semua album mereka.

Bukan mudah untuk mengumpulkan energy yang konsisten dari awal hingga akhir konsert berskala mega menyanyikan 30 buah lagu. Sebanyak 10 buah lagu di 'medley' kan di selang- seli dengan penceritaan kisah cinta, kisah luka, kisah duka dalam percintaan. Antara lagu yang di 'medley' kan adalah lagu “Berjanji lah”, “Untukmu Selamanya”, “Hatiku Yang Kau Sakiti”, “Disini Untukmu”, Dilema Cinta”, “Laguku”, “Ku Ingin Selamanya”, “Luka ku Di Sini”, “Melayang” dan “Baik dan Buruk ku”.

Foto: Fendi Ghafar.


Selain Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said, Ungu juga dianggotai oleh Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (bass) dan Rowman (dram). Berterima kasih kepada Ake Group  kerana sudi membawa band Ungu sekali lagi membuat konsert di Malaysia dan menghiburkan 5000 penonton yang lain.

Ungu juga berterima kasih kepada Malaysia kerana selalu memberi ruang dan peluang untuk mereka bebas berkarya di negara ini. Sebagai tanda penghargaan Ungu kepada industri hiburan Malaysia mereka menyanyi kan dua buah lagu dari band terkemuka Malaysia yang juga menjadi rujukan Ungu ketika mereka memulakan karier perjalanan seni mereka iaitu 'Exist' dan 'Ukays'. Memilih lagu kegemaran mereka iaitu “Mencari Alasan” dan “Disini Menanti Disana Menunggu” menjadi pilihan Pasha untuk dinyanyi kan pada malam itu. Peminat Malaysia juga mengambil peluang menyanyi bersama-sama dengan Pasha.

Foto: Fendi Ghafar.


Tidak mahu menghampakan peminat-peminat tegar Ungu, lagu wajib “Kekasih Gelapku”, “Bila Tiba”, “Andai Ku Tahu” dan “Demi Waktu”  berkumandang juga dan diiringi nyanyian crowd beramai-ramai. Selepas nyanyian lagu “Demi Waktu” tiba-tiba pentas jadi gelap. Pasha mengumumkan yang itu adalah lagu terakhir 'gimik' Pasha meninggalkan pentas. Peminat tidak mahu beredar, semua menjerit 'We Want More'  berulang-kali memanggil band Ungu untuk keluar semula ke pentas. Maka mereka keluar semula dengan menyanyikan lagu permintaan peminat “Seperti Mati Lampu” walau itu adalah lagu cover tapi Pasha membawanya dengan cara yang tersendiri. Berjoget sakan para peminat setelah itu maka berakhirlah konsert siri Ungu untuk tahun ini. Rata-rata yang datang menyatakan rasa seronok dan meninggalkan memori indah di hati hadirin semua.

Pasha juga turun dari pentas menyapa dan bersalaman bersama peminat semasa konsert itu berlangsung. Terima kasih Pasha kerana memberi persembahan yang istimewa dan sangat bertenaga tanpa henti.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan