Jualan meja konsert amal "Malam Rindu Bayangan" kenang jasa Jay Jay habis terjual.



Oleh: Eqmal Ezad.

 KUALA LUMPUR 12 MEI 2025- Konsert amal bagi mengenang jasa pemuzik legenda tanah air, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi bin Darus, yang berlangsung pada 11 Mei 2025 di Grand Ballroom, Grand Barakah Hotel, Ampang. Menurut sumber, jualan meja untuk konsert itu abis dijual menyebabkan pihak penganjur menambah lagi beberapa meja bagi menampung peminat/penderma yang ingin menghadiri konsert itu.

Acara bertajuk "Malam Rindu Bayangan" ini merupakan inisiatif anak bongsu Allahyarham, Nur Camelia atau Cammy, yang telah menghubungi Dato' Freddie untuk mengadakan persembahan penghargaan buat ayahnya yang meninggal dunia pada 4 Ogos 2024 pada usia 67 tahun.

Dato' Freddie yang merupakan rakan seperjuangan Allahyarham menyifatkan Jay Jay sebagai "seorang sahabat yang sangat berdedikasi, berbakat dan amat disenangi ramai". Konsert yang akan bermula pada jam 8.00 malam dan berlangsung selama tiga jam ini menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti Dato' Ramli Sarip, Dato' Khatijah Ibrahim, Dato' Hattan, Dato' Jeffrydin, Jatt dari Black Dog Bone, dan Tam dari Spider, manakala penyanyi Hairee Kool dan Tengku Hadirah akan memulakan acara dengan persembahan pra-konsert.

Hairee Kool.

Anak bongsu Allahyarham, Nur Camelia atau Cammy.

Tam SPIDER.

Dato' Jeffrydin.

Dato' Hattan.

Jatt BLACK DOG BONE.

 Dato' Khatijah Ibrahim dan Dato' Ramli Sarip,

Turut membuat persembahan ialah barisan asal kumpulan Carefree yang pernah berkarya bersama Jay Jay semasa zaman kegemilangannya, diiringi oleh barisan pemuzik hebat negara seperti Nan Saturnine, Rafi Gong, Ujang Exist dan Firdaus. Selain persembahan muzik, acara ini turut menawarkan jualan amal lukisan penghargaan oleh pengkarya seni Fathullah Luqman dari Spiral Kinetik Circus dan Infectious Maggots, yang akan dijual secara lelongan, manakala Saudara Tapa, pereka grafik yang banyak menghasilkan reka bentuk dan arahan seni album Jay Jay sepanjang kerjayanya, turut akan membuat penampilan istimewa.

Kumpulan Carefree turut memeriahkan konsert tersebut.

Hasil kutipan daripada malam amal ini akan disumbangkan kepada rakan-rakan artis yang memerlukan bantuan. Sebagai permulaan, pada hari sidang media pengumuman acara ini, pihak penganjur telah menyampaikan sumbangan kepada tiga penerima yang memerlukan bantuan iaitu Shuib dari Freedom, Ramlah iaitu balu kepada Allahyarham Yazit pemain dram kumpulan Search, dan Ali dari kumpulan XPDC.

Kehadiran Ybhg Datuk Azman Abidin. Setiausaha Politik Perdana Menteri ke-10 sebagai tetamu khas pada konsert tersebut menambahkan kemeriahan konsert. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada artis-artis yang memmerlukan bantuan termasuk balu Allahyarham Jay Jay aitu Puan Zaitoon Ahmad.

Ybhg Datuk Azman Abidin (tengah) memberi cenderahati kepada balu Allahyarham Jay Jay iaitu Puan Zaitoon Ahmad sambil disaksikan oleh Preseiden KARYAWAN- Dato' Freddie Fernandez (kiri).

Ybhg Datuk Azman Abidin bergambar bersama pemnerima sumbangan.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan