Konsert Hologram Glenn Fredly Bakal Menggemparkan Malaysia Julai Ini



Oleh: Eqmal Ezad.

Selepas kejayaan konsert hologram di Jakarta dua tahun lalu, Premier Live Productions akan membawakan persembahan "Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia" ke Zepp Kuala Lumpur pada 18 Julai ini. Konsert ini bakal menghidupkan semula kehadiran penyanyi terkenal Indonesia yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu melalui teknologi hologram canggih.

Persembahan ini bukan sahaja menampilkan hologram Glenn Fredly, malah akan turut disertai oleh isterinya Mutia Ayu, Ryan D'Masiv, Noh Salleh dan Nadira Adnan. Kumpulan muzik asal Glenn Fredly, The Bakuucakar, akan menyempurnakan tribute kepada penyanyi legenda ini dengan persembahan lagu-lagu terkenal seperti "Kasih Putih", "Januari", "Akhir Cerita Cinta" dan banyak lagi.


Menurut penganjur konsert, Ibram Putra, persembahan ini lebih daripada sekadar hiburan, ia merupakan ruang untuk mengenang, merenung dan meraikan nilai-nilai serta warisan muzik yang ditinggalkan oleh Glenn Fredly. Konsert ini juga menjadi bukti bahawa teknologi mampu menjadi jambatan antara kenangan dan realiti semasa.

Anuar Osman dari Matahari Sdn Bhd yang merupakan rakan promotor konsert menyatakan keyakinan beliau bahawa peminat karya Glenn Fredly di Malaysia sangat menantikan peluang untuk memenuhi kerinduan mereka terhadap persembahan secara langsung lagu-lagu ciptaan penyanyi tersebut di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket konsert ini boleh didapati bermula dari harga RM188 melalui laman web www.ticket2u.com. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti akaun Instagram rasmi penganjur di @premierlivepro, @bumientertainment, @musikbagusrecords, dan @glennfredlymusik.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan