Wanns Ahmad Dedikasikan "Bulanku" Sebagai Penghargaan Kepada Wanita."Saya dedikasikan buat semua wanita hebat di luar sana yang sentiasa memberi tanpa syarat.

 

"Saya dedikasikan buat semua wanita hebat di luar sana yang sentiasa memberi tanpa syarat". Wanns Ahmad.

Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 08 MEI 2025 - Lagu "Bulanku" yang telah mencapai kejayaan lebih 1.2 juta tontonan melalui video lirik di YouTube kini meraikan pelancaran video muzik rasminya hari ini di saluran YouTube NSR Malay.

Video muzik ini menggandingkan penyanyi berbakat Wanns Ahmad bersama pelakon popular tanah air, Amyra Rosli. Jalinan bakat ini membawa penonton menyusuri kisah pengorbanan seorang wanita yang rela berkorban segalanya demi insan dan keluarga tersayang.

Sebagai pengarah video muzik ini, Wanns Ahmad menjanjikan karya yang menyentuh hati penonton dengan tema kasih sayang, pengorbanan dan cinta mendalam dari perspektif seorang wanita, sama ada sebagai ibu atau isteri.

Wanns Ahmad bersama Raja Nazreen (A&R dan Pengurus Pemasaran New Southern Records) dimajlis pelancaran muzik video "BulanKu'.

Pemilihan Amyra Rosli sebagai pelakon utama membawa dimensi istimewa kepada karya ini. Lakonan halus dan penuh penghayatan beliau berjaya menghidupkan watak wanita yang menyimpan seribu rasa dalam diam.

Wanns Ahmad bersama Amyra Rosli dimajlis pelancaran muzik video "BulanKu'.

"Bulanku adalah tentang seorang wanita yang tak pernah meminta, tapi memberi segalanya. Saya tulis lagu ini dengan penuh rasa, sebab saya percaya, setiap daripada kita pasti ada satu figura wanita dalam hidup yang banyak berkorban — sama ada ibu, isteri, nenek, kakak," kata Wanns Ahmad dengan penuh emosi.

Wanns Ahmad yang sebelum ini dikenali melalui lagu "Syayangku" dan "Terus Mencintaimu", kembali dengan karya yang lebih matang dari segi emosi dan penyampaian. Beliau mengakui bahawa lagu "Bulanku" sangat dekat di hatinya.

Wanns Ahamad bergambar bersama Jaxer Sdn Bhd dan New Southern Records


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan