"Aruel & The Fasola Bawa Kembali Kenangan Manis Pesta Ronggeng di Saloma KL"



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 19 JULAI 2025 - Memori indah era kegemilangan muzik klasik Malaysia bakal dihidupkan semula menerusi persembahan eksklusif Aruel & The Fasola dalam Malam Pesta Ronggeng yang berlangsung di Saloma Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos ini. Acara anjuran HS Event & Entertainment ini dijangka menjadi malam istimewa yang menyatukan generasi lama dan baharu melalui alunan muzik klasik yang dikemas dengan sentuhan segar dan moden.

Mewakili Aruel & The Fasola, Aruel menyatakan persembahan ini sangat bermakna buat kumpulan yang mula aktif secara 'private' dan 'underground' sejak 2022. "Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur atas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak penganjur serta semua yang terlibat. Pastinya kami ingin memberikan persembahan yang maksimal untuk semua yang bakal hadir," katanya yang tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan penghargaan terhadap sokongan yang diterima.


Malam penuh magis tersebut bakal menampilkan lagu-lagu nostalgia era 40-an hingga 60-an, terutamanya karya agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Saloma, yang diiringi oleh 10 pemuzik termasuk penyanyi latar. Persembahan mereka membawa konsep ala 'Buloh Inn' yang terkenal dengan suasana klasik dan eksklusif, di mana gubahan muzik menggabungkan elemen klasik dan moden agar lebih segar didengar sambil mengekalkan keaslian karya lama tetapi relevan kepada generasi masa kini.

Mengulas konsep 'ronggeng' sebagai tema utama, Aruel menjelaskan persembahan mereka lebih menyeluruh daripada sekadar tarian tradisional. "Bagi kami, ronggeng itu kami gambarkan dengan suasana tari menari di mana muzik kami mempunyai elemen Malay Jazz dan klasik serta suntikan latin seperti Cha Cha, Rumba, Bossa dan Twist pasti akan menukarkan malam itu menjadi malam tari menari untuk semua yang hadir," katanya, menjanjikan pengalaman muzikal yang unik dan menawan buat para hadirin.


HARGA TIKET:

DIAMOND (VIP) : RM8000/rm800 perpax (termasuk makan malam dan merchandise rasmi)

• PLATINUM : RM6000/rm600 perpax (termasuk makan malam dan merchandise rasmi)

• GOLD : RM4000/rm400 perpax (termasuk makan malam dan merchandise rasmi)


Untuk pembelian tiket/meja:

Hubungi : SNI: 012 662 4079, HATTA: 018 223 9934, JOE: 017 470 5455


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA