Dato' M. Nasir Cipta 3 Bakal Gegar Axiata Arena dengan Hadiah Harley Davidson Bernilai RM114,000



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 04 JULAI 2025- Industri muzik tanah air bakal dikejutkan sekali lagi dengan pengumuman Konsert Dato' M. Nasir Cipta 3 yang akan berlangsung pada 27 September 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam. Konsert yang melengkapkan trilogi siri Cipta ini mengusung konsep "Malam Ini Gua Rock" dengan tema pakaian "Rock Cara Lu...Janji Rock" yang memberikan kebebasan kepada peminat untuk berekspresi mengikut kefahaman rock masing-masing. Sang maestro akan mempersembahkan lagu-lagu rock ciptaan dan nyanyian beliau yang telah meninggalkan kesan mendalam di jiwa peminat serta membangkitkan nostalgia tersendiri.

Kerjasama strategik antara Dato' M. Nasir, Icon Entertainment, Harley Davidson dan Etiqa sebagai rakan strategik utama bakal memeriahkan konsert bersejarah ini dengan memberikan kejutan istimewa kepada penonton bertuah. Motosikal jenama Harley Davidson model Softail STD FXST yang bernilai RM114,000 lengkap dengan insuran motor dari Etiqa akan dihadiahkan kepada salah seorang pembeli tiket bertuah melalui cabutan khas yang hanya terbuka kepada pembeli tiket dari mana-mana kategori yang disediakan.


Menurut Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, kerjasama ini membawa konsep rock yang menyeluruh pada malam tersebut, manakala Kamaludin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans & Takaful menyatakan keterujaan syarikat untuk bekerjasama dalam pelancaran konsert yang dipacu oleh penglibatan digital. Menerusi aplikasi Etiqa+, orang ramai akan mendapat akses awal kepada tiket pra-jualan bermula 3 Julai 2025 selama 24 jam sebelum jualan umum dibuka pada 4 Julai 2025 pukul 11 pagi.

 Iman Tang, pengasas Icon Entertainment.

Tiket konsert ini ditawarkan pada harga RM258 (TEGUH), RM358 (OPERA HIDUP), RM458 (ISI DAN KULIT), RM488 (SEJATI), RM558 (GADISKU) dan RM628 (PAWANA) melalui laman web www.ticket2u.com.my/mnasircipta3 atau talian hotline 012 6530 700. Maklumat lanjut mengenai tatacara cabutan bertuah boleh dirujuk di Instagram @Iconentertainmentmy atau @datomnasircipta, menjadikan konsert ini sebagai penutup trilogi yang dinanti-nantikan oleh ribuan peminat di seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA