Noh Salleh dan Insomniacks Teraju Konsert Penyembuhan Jiwa di Melaka



Oleh: Papadin.

MELAKA- Perayaan Patahati Universe bakal menyajikan pengalaman muzik yang unik dengan menggabungkan hiburan dan penyembuhan jiwa melalui persembahan Noh Salleh dan Insomniacks di Panggung Bangsawan Melaka pada 23 Ogos ini. Konsert perdana yang bertagline "Himpunan Warga Patahati" ini direka khas untuk merawat hati, emosi dan perasaan penonton yang pernah mengalami kepahitan hidup, sambil menyuntik kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dalam masyarakat masa kini.

Menurut Pengarah Projek Cassandra, konsert berdurasi hampir tiga jam ini akan menampilkan 25 lagu bertemakan galau, patah hati dan penyembuhan yang dibawakan oleh artis-artis terpilih termasuk band Cherpen, Kucaimars dan Rijeu sebagai pembuka acara. Persembahan akan diselangi dengan tayangan drama pendek dan pesan motivasi daripada influencer TikTok, Motivasi Fiq Sam, bertujuan mencipta perjalanan emosi yang puitis di mana melodi menjadi ubat dan lirik menjadi penawar bagi jiwa yang terluka.



Berlokasi di zon buffer UNESCO, Panggung Bangsawan Melaka yang mampu memuatkan 1,500 penonton merupakan bekas panggung wayang Cathay yang telah diubah suai oleh Perbadanan Melaka pada 2024 untuk dijadikan hab seni persembahan langsung. Konsert ini turut menampilkan sambutan hari lahir istimewa untuk penonton yang lahir pada 23 Ogos, menambah lagi keunikan acara yang diharapkan dapat menarik minat golongan muda.

Tiket Perayaan Patahati Universe boleh dibeli di ilassotickets.com dengan harga RM109 untuk kategori Patahati (berdiri), RM129 untuk Jatuhati (duduk), RM159 untuk Luluhati (duduk), dan pakej istimewa untuk pasangan pada harga RM196. Menariknya, penganjur turut menetapkan dress code mengikut status perhubungan - putih untuk bujang yang mencari jodoh, hitam untuk yang sudah berpunya, dan merah untuk mereka yang sedang merawat luka emosi, menjadikan konsert ini sebagai pengalaman yang lebih bermakna dan interaktif.





Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA