Tribute to Glenn Fredly: Konsert Hologram Perdana di Malaysia Memukau Peminat



Oleh: Papadin.

KUALA LUMPUR 19 JULAI 2025- Premier Live Productions dengan bangganya telah mempersembahkan "Tribute to Glenn Fredly" yang menampilkan persembahan hologram mendiang penyanyi Indonesia tersebut pada 18 Julai 2025 di ZEPP Kuala Lumpur. Konsert istimewa ini menghidupkan kembali kenangan manis melalui teknologi hologram yang canggih, membolehkan peminat menyaksikan Glenn Fredly "bergandingan" dengan artis-artis terkemuka tempatan dalam satu persembahan yang tidak akan dilupakan. Acara selama 2 jam 30 minit ini menarik 2,000 penonton yang ingin mengenang jasa dan warisan muzik si "Pangeran Balada" Indonesia.

Konsert yang dianjurkan bersama Malaysia Drum Festival ini menampilkan barisan artis Malaysia yang hebat termasuk The Bakuucakar, Noh Salleh, Mutia Ayu, Rian Ekky Pradipta, Bella Astillah, Nadira Adnan, Gretchene Quirina, Matthew Sayersz dan Allan Anderson. Para artis ini mempersembahkan lagu-lagu hit Glenn Fredly yang popular seperti "Aku Bodoh", "Love Will Find A Way", "My Everything", "Terserah", "Akhir Cerita Cinta", "Malaikat Juga Tahu", "Cinta dan Rahasia", "Itu Saja", "Tega", "Karena Cinta", "Dibalas dengan Dusta", "Pada Satu Cinta", "Sekali Ini Saja", "Merindu", "Cukup Sudah", "Kisah Romantis", "Sedih yang Tak Berujung", "Rame Rame & Timur", "Januari" dan "Kasih Putih". Kolaborasi antara teknologi hologram dan persembahan secara langsung menciptakan pengalaman muzikal yang mengharukan dan takan dilupakan.







Konsep "Music and Wellness" yang diusung dalam konsert ini, dengan sokongan AG Nutrition sebagai rakan kongsi, menekankan kepentingan kesihatan mental dan fizikal melalui muzik. Glenn Fredly, yang meninggal dunia pada April 2020, dikenali dengan lagu-lagunya yang menyentuh hati dan penuh makna, serta kemampuannya menggabungkan elemen jazz, soul dan pop dalam karya-karyanya. Persembahan hologram ini bukan sahaja menghormati legasi muziknya yang luas dengan lebih 20 lagu hit yang akan dipersembahkan, tetapi juga menyebarkan mesej positif tentang kesihatan dan kesejahteraan hidup melalui kekuatan muzik yang menyembuhkan.

Konsert istimewa ini dijayakan dengan sokongan rakan kongsi rasmi seperti SATU, MusikBagus, dan rakan kongsi media ERA, Sinar, THR Gegar dan BFMPAK. Konsert "Tribute to Glenn Fredly" ini menjadi peristiwa bersejarah dalam industri hiburan Malaysia, menggabungkan teknologi terkini dengan persembahan muzik berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat muzik Indonesia dan Malaysia, sekaligus membuktikan bahawa muzik yang berkualiti mampu merentasi sempadan dan masa.









Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA