12,000 Pelajar SPM Seluruh Malaysia Bakal Terima Manfaat dengan Pembukaan Cawangan Ketiga PTTI di Shah Alam
Oleh: Norazni Ismail.
SHAH ALAM 24 OGOS 2025 - Pusat tuisyen terkemuka negara, PTTI, semalam merasmikan cawangan ketiganya di Shah Alam dalam satu majlis yang meriah dengan kehadiran dua artis popular tanah air sebagai duta jenama baharu mereka. Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atat lebih dikenali sebagai Cikgu Fana menegaskan pembukaan cawangan ini bukan sekadar perluasan perniagaan, tetapi manifestasi komitmen untuk mendekati lebih ramai pelajar dan ibu bapa di seluruh Malaysia dalam misi melahirkan generasi cemerlang SPM.
Dalam langkah berani memperluaskan jangkauan, PTTI menetapkan sasaran mengambil 500 calon SPM 2025 dari kawasan Shah Alam sambil menyasarkan 12,000 pelajar di seluruh negara melalui pembelajaran fizikal di tiga cawangan utama dan platform dalam talian. Rekod prestasi PTTI yang telah melahirkan ribuan pelajar cemerlang termasuk ratusan yang meraih keputusan straight A dalam SPM menjadi kekuatan utama dalam menarik minat pelajar dan ibu bapa untuk mempercayai sistem pembelajaran mereka yang terbukti berkesan.
Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran MK K-Clique dan penyanyi popular Iman Troye sebagai Duta PTTI yang berkongsi inspirasi bersama para pelajar. MK K-Clique menegaskan kekagumannya terhadap pendekatan PTTI yang bukan sekadar mengajar tetapi membimbing dan memberi semangat kepada anak muda untuk berjaya, manakala Iman Troye yang telah menjadi sebahagian keluarga PTTI sejak empat tahun lalu yakin pusat tuisyen ini mampu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang melalui kaedah pembelajaran yang mudah difahami dan menyeronokkan.
Sebagai langkah susulan pembukaan cawangan baharu, PTTI bakal menganjurkan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma dalam talian pada 27 hingga 30 Ogos ini yang terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia melalui pendaftaran di www.ptti.my. Inisiatif ini membuktikan komitmen PTTI untuk terus memberikan akses pendidikan berkualiti kepada lebih ramai pelajar menjelang peperiksaan penting yang akan menentukan masa depan mereka, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pusat tuisyen moden yang memberi impak besar dalam pembangunan generasi pelajar Malaysia.
Comments
Post a Comment