ASTRA Kini 'Bateri Pilihan Mekanik'- Bateriku Kukuh Kedudukan Pasaran Dengan Makmal Baharu
![]() |
YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Industri MITI ketika memberikan ucapan perasmian. |
SHAH ALAM, 08 OGOS 2025 - Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia perkhidmatan bantuan tepi jalan nombor satu di Malaysia, hari ini mencatatkan pencapaian bersejarah dengan melancarkan bateri automotif ASTRA yang menjadi jenama pertama di negara ini menerima pensijilan SIRIM untuk kesemua 28 SKU produknya. Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Industri MITI, turut menyaksikan pembukaan rasmi Makmal Kualiti Bateriku yang akan memastikan kawalan mutu dalaman yang ketat bagi setiap produk yang dikeluarkan.
Kejayaan ASTRA bukanlah satu kebetulan memandangkan jenama ini telah mencatatkan jualan melebihi 1 juta unit dalam tempoh tiga tahun sejak diperkenalkan. Kekuatan ini disokong oleh ekosistem Bateriku yang komprehensif merangkumi 225 pitstop fizikal di seluruh negara dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak terlatih dari Akademi Bateriku. Pengiktirafan SIRIM melalui pensijilan IEC 60095 meletakkan ASTRA pada kedudukan istimewa sebagai satu-satunya jenama bateri automotif di Malaysia yang memenuhi piawaian antarabangsa untuk semua kategori produk termasuk Bateri MF, EFB dan AGM.
Apa yang menjadikan ASTRA lebih istimewa adalah inisiatif perintis dalam industri bateri tempatan iaitu penyediaan Perlindungan Kumpulan Insuran Takaful Kemalangan Diri percuma sehingga RM7,000 untuk setiap pembelian. Selain itu, pelanggan turut menikmati perkhidmatan waranti nasional yang membolehkan bantuan diberikan di mana-mana lokasi di Malaysia, contohnya pelanggan yang menukar bateri di Shah Alam tetapi mengalami masalah di Bota Kiri, Perak akan tetap mendapat bantuan segera melalui rangkaian ekosistem Bateriku.
Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari menegaskan bahawa ASTRA bukan sekadar bateri tetapi merupakan janji terhadap kualiti, sokongan selepas jualan dan ketenangan fikiran pengguna. "ASTRA kini menjadi pilihan utama mekanik kerana mereka tidak perlu lagi melayan tuntutan waranti pelanggan. Pelanggan bengkel boleh terus ke mana-mana 225 Pitstop Bateriku atau hubungi talian hotline 24 jam dan semuanya akan diuruskan oleh kami," ujarnya. Pemilik bengkel yang berminat mendapatkan bateri ASTRA boleh menghubungi 013 844 2816 atau email b2wteam@bateriku.com.
Comments
Post a Comment