Konsert Metal Fighter 2025: SOFEA Anak Liar dan FTG FreedomThat Gone Bergabung Dalam Spektakul Muzik Metal
Oleh: Norazni Ismail.
SIJANGKANG 17 OGOS 2025 - Malam tadi peminat muzik rock kapak dan metal di Malaysia disajikan dengan persembahan yang memukau apabila dua band tempatan terkemuka, SOFEA Anak Liar dan FTG FreedomThat Gone, berkongsi pentas dalam konsert bertajuk "Metal Fighter" yang berlangsung pada 16 Ogos 2025. Acara yang dianjurkan oleh Mentari Merah Entertainment ini diadakan di Warisan Hall Studio, Sijangkang bermula jam 9.00 malam dengan kapasiti penonton terhad kepada 300 orang sahaja.
Konsert ini menjanjikan pengalaman muzikal yang tidak akan dilupakan dengan gabungan dua gaya persembahan yang berbeza namun saling melengkapi. FTG FreedomThat Gone membawakan repertoir mereka yang termasuk lagu-lagu popular seperti "From The Grave", "Malaysia Maju", "Anak Tiri" dan "Kita Bukan Anjing". Manakala segmen khas "Injit-Injit Semut" akan menampilkan lagu "Keliru", "Askar" dan "Rozanna", diikuti dengan persembahan dari album "Magician" yang merangkumi "Aku Tak Peduli", "Army of God" dan "Kau Jangan Kurang Ajar" sebagai lagu bonus.
Band SOFEA Anak Liar pula menggetarkan pentas dengan koleksi lagu mereka dalam album "Anak Liar" yang merangkumi 11 buah lagu termasuk "Garisan D'persimpangan", "Lahanat", "Kawasan Larangan", "Bidadari" dan "Syurga D'hujung Jarum". Lagu-lagu lain yang turut dinantikan ialah "Bunga Padang Pasir", "Sejati", "Anak Liar", "Grombolan Syaitan", "Orang Timur" dan penutup dengan "Hati Syaitan". Kedua-dua band ini dikenali dengan lirik yang kuat dan alunan muzik metal yang mencabar minda pendengar.
Konsert "Metal Fighter" ini menjadi salah satu acara muzik metal yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini, khususnya bagi mereka yang menggemari genre muzik yang bertenaga dan penuh emosi.
Untuk info, nama SOFEA Legacy yang digunakan sebelum ini telah ditukar kepada nama SOFEA Anak Liar atas persetujuan bersama ahli band dan telah pun diumumkan malam tadi.
Comments
Post a Comment