Showcase "Tribute to Legends of Rock" mengimbau kenangan lagu-lagu rock Barat.



Oleh: Papadin.

SIJANGKANG 06 SEPTEMBER 2025- Persembahan Tribute to Legends of Rock yang berlangsung di Warisan Hall Sijangkang pada 4 Oktober 2025 telah berjaya menarik perhatian peminat muzik rock tempatan. Acara yang dianjurkan bersama oleh Attah Muzik dan Mentari Merah Entertainment ini menampilkan empat band tempatan yang membawakan lagu-lagu rock legenda dari Barat, antaranya Nalo, Aman Strat Band, UR'S, Selipar Jepon, Xenophobia dan Rockapak Band . Walaupun perancangan awal hampir terbatal kerana kekangan jadual, terutamanya jempatan Rock Kapak Band untuk jelajah ke Thailand, namun komitmen daripada semua pihak terbabit membolehkan acara ini diteruskan.

Persembahan dari Kumpulan Selipar Jepon.


Persembahan dari Kumpulan Nalo.

Menurut En Hatta selaku penganjur mendedahkan bahawa mereka hanya mempunyai tiga minggu untuk promosi selepas memutuskan untuk meneruskan acara ini, malah poster dan tiket baru siap seminggu sebelum tarikh persembahan. Cabaran masa yang singkat ini tidak menghalang sambutan hangat daripada para peminat yang sanggup membayar tiket presale pada harga RM80 dan tiket di pintu RM100. Acara yang bermula jam 5.30 petang hingga tengah malam ini turut menerima sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk dua band dari luar Malaysia yang turut membawa pengikut mereka sendiri.

En Hatta Junction selaku penganjur yang juga merupakan penyanyi Rockapak Band.


Persembahan dari Kumpulan Xenophobia.

Persembahan dari Kumpulan Aman Strat Band.



Penganjur meluahkan rasa syukur kerana persembahan semua band pada malam itu menunjukkan kualiti yang memberangsangkan, walaupun tiada sesi audisi dijalankan sebelum ini. Mereka hanya bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh band-band terbabit. Keunikan acara ini terletak pada konsepnya yang memberi peluang kepada band-band yang kurang mendapat pendedahan untuk tampil di khalayak ramai, berbeza dengan konsert-konsert besar yang biasa menampilkan kumpulan popular. Penonton yang hadir juga kelihatan terhibur dan kekal hingga akhir persembahan, membuktikan kejayaan konsep tribute kepada legenda rock Barat ini.


Persembahan dari Kumpulan Rockapak Band.


Persembahan dari Kumpulan UR'S.

Bagi persembahan akan datang, penganjur merancang untuk menganjurkan showcase yang lebih besar dengan melibatkan band dari pelbagai kaum termasuk India dan Cina bagi menarik audiens yang lebih pelbagai. Mereka turut berharap dapat menyusun jadual dengan lebih terancang dan awal, mengambil kira persaingan dengan konsert berbayar lain terutamanya bermula bulan Ogos. Dengan hanya 3 orang kru yang terlibat dalam acara ini, penganjur percaya pengalaman kali ini akan menjadi panduan untuk menganjurkan program yang lebih tersusun pada masa hadapan, dengan syarat mendapat sokongan penaja yang mencukupi.

Pertandingan 'Best Dress' juga turut diadakan pada malam itu.




Comments

Popular posts from this blog

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia