Posts

Showing posts from October, 2025

Masters of the World 2025: Pertandingan Lelaki Antarabangsa yang Meraikan Kekuatan Emosi dan Fizikal

Image
Seramai 16 peserta akhir  Masters of the World (MOTW) bergambar bersama  barisan  pengurusan  dan  penganjur.  Oleh: Papadin. KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2025 – Agensi bakat dan acara antarabangsa, Beam Artistes dengan bangganya melancarkan edisi sulung Masters of the World (MOTW) menerusi majlis sashing dan sidang media yang intim di Ombak Kitchen, Setapak pada petang semalam. Pertandingan istimewa ini bukan sekadar platform kecergasan fizikal semata-mata, malah meraikan ketahanan emosi dan kematangan lelaki dari pelbagai peringkat usia. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Beam Artistes serta MOTW, Samuel Seow berkongsi bahawa pertandingan ini adalah satu gerakan unik yang mendefinisi semula erti menjadi seorang lelaki dan menguasai diri sendiri, di mana kejayaan sebenar bukan datang daripada trofi atau gelaran, tetapi daripada kemampuan menguasai fikiran, perangai, hubungan dan hati. Seramai 16 peserta dari 12 negara yang mewakili Asia, Eropah dan Afrika ...

YAYASAN AL-SULTAN ABDULLAH (YASA) RAIH PERHATIAN TERHADAP KEBAJIKAN SENIMAN VETERAN.

Image
Tuan Haji Fakrul Islam bin Juhali, (Pengurus Besar  Yayasan Al-Sultan Abdullah -YASA)  (dua dari kiri) sudi menyampaikan sumbangan kepada Dharma Harun Al Rashid di kediaman belaiu. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2025 – Seniman veteran tanah air, Dharma Harun Al Rashid, menerima sumbangan kebajikan dan bantuan kesihatan komprehensif yang disampaikan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), sebuah yayasan di bawah naungan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Program ini dilaksanakan menerusi inisiatif “Santuni Warisan YASA: Kasih Untuk Pejuang Seni” sebagai tanda kasih dan penghargaan terhadap jasa para seniman serta penggiat seni veteran yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan warisan budaya dan hiburan negar...

Satu Malam Bersama Radja Wali: Live at Idea Live Arena

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 – Peminat muzik Nusantara di Malaysia bersiap sedia untuk menyaksikan gabungan dua legenda rock Indonesia, Radja dan Wali, dalam sebuah konsert sensasi bertajuk "Pentas RadjaWali Live in Malaysia" yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya. Pertemuan dua kuasa besar muzik ini menjanjikan satu malam penuh nostalgia dan emosi, menampilkan hits seperti "Jujur", "Tulus", "Cinderella" dan "Bulan" daripada Radja, serta lagu-lagu popular Wali termasuk "Cari Jodoh", "Baik-Baik Sayang" dan "Tomat (Tobat Maksiat)" yang pasti menghiburkan para peminat setia mereka. Radja yang ditubuhkan pada 2001 di Banjarmasin dengan lineup Ian Kasela, Moldy, Indra Riwayat dan Seno Aji Wibowo, meluahkan keterujaan mereka untuk kembali ke tanah air kedua mereka ini. Mengusung genre pop rock dan rock melayu moden, kumpulan ini menegaskan baha...

Kristal X & Azlan The Typewriter bakal ledak Zepp KL Dengan "Rockolusi Kuasa Dua"

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 09 OKTOBER 2025 - Republic Mokhmah Records (RMR) membuka tirai penganjuran tahun 2026 dengan kemuncak yang mengujakan menerusi kolaborasi dua nama besar industri muzik tempatan, Kristal X dan Azlan & The Typewriter, dalam konsert bertajuk Rockolusi Kuasa Dua yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026. Konsert yang dijadualkan bermula jam 8 malam ini menjanjikan persembahan lagu-lagu legenda seperti Memburu Impian, Luahan Hati, Suatu Kenangan dan Seragam Hitam daripada Kristal X yang sudah sekian lama tidak dipersembahkan secara langsung, sementara peminat Azlan & The Typewriter pula bakal merasai sendiri kehebatan lagu fenomena Jangan Khianati Aku yang terkenal sehingga ke Indonesia, dipersembahkan secara langsung oleh vokalis bernada tinggi yang disegani ini. Kumpulan Kristal X. Kumpulan Azlan & The Typewriter. Encik Musa daripada Republic Mokhmah Records menegaskan bahawa Kristal X adalah kugiran legenda yang ditubu...

Legenda Nusantara Bersatu - CRADLE & Ramli Sarip Hidupkan Semangat Rock Alternatif

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 07 OKTOBER 2025 - Kumpulan rock alternatif CRADLE dari Singapura bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan persembahan intim eksklusif bertajuk Cradle Live! pada 14 November 2025 di Poolside Bistro, tingkat tiga, Ideas Hotel Kuala Lumpur. Showcase yang dianjurkan oleh Rasa Karya ini menampilkan konsep santai namun penuh tenaga, dengan keistimewaan kehadiran legenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip. Persembahan ini dijangka menjadi malam penuh nostalgia yang menyatukan dua generasi pemuzik nusantara, iaitu Ramli Sarip sebagai ikon "Papa Rock" dan CRADLE sebagai pelopor rock alternatif yang berjaya menembusi pasaran Malaysia pada era 1990-an dengan aliran grunge dan identiti muzik tersendiri. CRADLE yang dibarisi oleh Addy pada gitar dan vokal, Eiz sebagai vokalis, Zul pada bass dan ADH di dram, terkenal dengan keupayaan mereka menyatukan pengaruh muzik barat dengan jiwa nusantara. Kumpulan ini mencipta sejarah apabila melancarkan album Ceriter...

Showcase "Tribute to Legends of Rock" mengimbau kenangan lagu-lagu rock Barat.

Image
Oleh: Papadin. SIJANGKANG 06 SEPTEMBER 2025 - Persembahan Tribute to Legends of Rock yang berlangsung di Warisan Hall Sijangkang pada 4 Oktober 2025 telah berjaya menarik perhatian peminat muzik rock tempatan. Acara yang dianjurkan bersama oleh Attah Muzik dan Mentari Merah Entertainment ini menampilkan empat band tempatan yang membawakan lagu-lagu rock legenda dari Barat, antaranya Nalo, Aman Strat Band, UR'S, Selipar Jepon, Xenophobia dan Rockapak Band . Walaupun perancangan awal hampir terbatal kerana kekangan jadual, terutamanya jempatan Rock Kapak Band untuk jelajah ke Thailand, namun komitmen daripada semua pihak terbabit membolehkan acara ini diteruskan. Persembahan dari Kumpulan Selipar Jepon. Persembahan dari Kumpulan Nalo. Menurut En Hatta selaku penganjur mendedahkan bahawa mereka hanya mempunyai tiga minggu untuk promosi selepas memutuskan untuk meneruskan acara ini, malah poster dan tiket baru siap seminggu sebelum tarikh persembahan. Cabaran masa yang singkat ini tida...

Air Mata & Janji Manis: Afgan Retrospektif Bakal Gemparkan Malaysia

Image
SIARAN MEDIA. Penyanyi tersohor Indonesia, Afgan, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa bertajuk Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Showcase ini bertepatan dengan pelancaran album terbaharu Afgan yang turut diberi judul Retrospektif, mencerminkan perjalanan hidup dan kerjayanya sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini. Album ini membawa nilai sentimental tersendiri buat penyanyi berusia 36 tahun itu kerana ia merupakan album penuh berbahasa Indonesia pertama yang dilancarkannya selepas tujuh tahun, menandakan kepulangannya kepada genre Indonesian Pop yang telah membesarkan namanya. Mengulas mengenai pemilihan Malaysia sebagai lokasi persembahan, Afgan berkata Kuala Lumpur sudah menjadi rumah keduanya dan sokongan peminat di sini sangat luar biasa. Zepp Kuala Lumpur dipilih sebagai tempat persembahan kerana sesuai dengan konsep muzik yang lebih organik dan intim yang ingin diketengahkan...

Tourism Malaysia Promosi Keunikan Budaya Melalui Pantai Timur Fest 2025

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 03 OKTOBER 2025 — Pantai Timur Fest 2025 (PTF 2025) membuka tirainya di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, bermula 1 hingga 21 Oktober 2025. Festival ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia bersama Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Pahang, Tourist Information Centre (TIC) Kelantan, KL Hop-On Hop-Off, serta jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC). Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Datuk Manoharan Periasamy menekankan kepentingan kebudayaan Malaysia sebagai daya tarikan utama pelancongan negara dalam meraih kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026. Beliau yang hadir merasmikan Majlis Pelancaran Pantai Timur Fest 2025 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2025 berkata keunikan budaya merupakan kelebihan daya saing Malaysia berbanding negara jiran yang menawarkan tarikan pelancongan hampir sama seperti pantai dan aktiviti lasak. Datuk Manoharan turut berkongsi...