Posts

Rockology Concert Tour 2025 Perkenalkan Pelan Bayaran Separuh Dahulu

Image
  Rockology Concert Tour 2025 Perkenalkan Pelan Bayaran Separuh Dahulu Oleh: Eqmal Ezad. KUALA LUMPUR, 30 MEI 2025 – Konsert muzik rock paling dinanti-nantikan tahun ini, Rockology Concert Tour 2025, kini menawarkan kemudahan pelan bayaran mudah kepada para peminat tegar muzik rock tanah air. Melalui inisiatif "Bayar Separuh Dulu, Rock Habis-Habisan Nanti", peminat hanya perlu membayar 50 peratus daripada harga tiket sebagai bayaran pendahuluan dan menyelesaikan baki pembayaran selewat-lewatnya tujuh hari sebelum konsert berlangsung. Kemudahan ini diperkenalkan bagi memberi fleksibiliti kepada peminat muzik rock dalam merancang kewangan mereka, terutama untuk konsert besar yang menampilkan lagenda seperti Dato' Awie dan Search yang diterajui Kid Din. Menurut Dato' Eddy, Pengarah RPM Events Sdn Bhd selaku penganjur, inisiatif ini lahir daripada pemahaman terhadap keadaan ekonomi semasa dan hasrat untuk memberi peluang kepada lebih ramai peminat menikmati persembahan...

MUAH Lancar Single Kedua "KAJANG" - Lagu Cinta Tiga Segi Penuh Drama

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kumpulan muzik tempatan MUAH! sekali lagi mengejutkan industri muzik Malaysia dengan pelancaran single kedua mereka bertajuk "KAJANG" pada 9 Mei 2025. Selepas kejayaan single sulung "Boy Best Friend" (BBF), lima ahli kumpulan ini iaitu Naim Daniel sebagai vokalis dan pemain gitar utama, Zenith di gitar, Tasneem pada bass, Mairil di dram, dan Ayai pada keyboard kembali dengan karya yang lebih berani dan menghiburkan menerusi kerjasama dengan Sony Music Malaysia. "KAJANG" mengangkat tema cinta tiga segi yang kompleks namun disampaikan dengan pendekatan yang bersahaja, lucu dan sarat dengan ironi. Lagu ini menggambarkan kekalutan emosi remaja masa kini yang terjebak dalam situasi percintaan penuh drama, dengan lirik seperti "Alaaa bodo aku kantoi lagi sekali" dan "Macam mana aku nak twist story ini" yang mencerminkan pergolakan dalaman si pencerita. Pendekatan naratif yang santai namun penuh makna ini menjadikan lagu...

BARBARIK Bakal Gemparkan Pentas Muzik Malaysia Dengan Konsert 'Pentas Peluru Cokelat'

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 30 MEI 2025- Kumpulan rock tempatan BARBARIK bakal menggegarkan industri muzik Malaysia dengan konsert perdana mereka bertajuk 'Pentas Peluru Cokelat' yang akan berlangsung pada 28 Jun 2025 di ZEPP Kuala Lumpur bermula jam 8.45 malam. Konsert yang dinanti-nantikan ini merupakan persembahan sulung kumpulan yang baru sahaja melahirkan album perdana mereka pada Oktober 2024, menandakan kemunculan sebuah nama baru dalam arena muzik rock tanah air. Konsert bersejarah ini dijangka akan memperluaskan pengaruh BARBARIK sebagai kumpulan rock baharu yang berpotensi tinggi untuk mencapai tahap kematangan seperti legenda-legenda rock Malaysia yang telah berada dalam industri selama empat dekad. Setiap persembahan pentas BARBARIK sebelum ini telah mendapat sambutan hangat daripada peminat, dengan persembahan kemas dan bertenaga mereka menjadi bualan hangat dalam kalangan penggemar muzik rock tempatan. Penonton berpeluang menyaksikan persembahan dua jam p...

3 NEGARA 36 PESERTA BAKAL BERENTAP DALAM "MR NUSANTARA".

Image
Oleh: Eqmal Ezad. KUALA LUMPUR, 26 Mei 2025 - Agensi bakat dan acara antarabangsa Beam Artistes dengan bangganya memperkenalkan edisi sulung MR NUSANTARA, sebuah pertandingan ratu lelaki yang unik yang menggabungkan yang terbaik dari Singapura, Indonesia dan Malaysia dalam sambutan warisan, gaya dan bakat yang mempesonakan. Pengumuman ini dibuat pada majlis penyarung selempang perwakilan dan sidang media yang diadakan di Centrestage, Sungei Wang Plaza petang ini. Buat kali pertama, 36 peserta dari tiga negara jiran di Kepulauan Melayu akan bersaing di pentas yang sama, berebut kejayaan kebangsaan dan serantau dengan Malaysia dan Singapura diwakili oleh 15 peserta setiap satu, manakala Indonesia akan disertai 6 perwakilan. Walau bagaimanapun, disebabkan keadaan malang, bilangan perwakilan Indonesia adalah kurang daripada jumlah asal akibat gangguan luar daripada sebuah agensi Indonesia tertentu yang menyebabkan impian beberapa perwakilan terpaksa dikorbankan. Ketua Pegawai Eksekutif ...

KONSERT ULANG TAHUN KE-35 KUMPULAN MELISSA BAKAL GEGAR JOHOR BHARU

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 20 MEI 2025 - Kumpulan rock legendaris tanah air, Melissa, bakal mengadakan konsert bersempena ulang tahun ke-35 penubuhan kumpulan tersebut bertajuk "GEGAR BUMI SELATAN 35 TAHUN ANNIVERSARY MELISSA" di The Colosseum Rooftop City Plaza Johor Bharu. Konsert yang dijadualkan bermula pada jam 9.00 malam ini akan menampilkan keempat-empat anggota asal kumpulan iaitu Mohamed Ali (Aliff), Fariz Ahmad (Fareez Undertaker), Mohamed Nor Razak (Ajak Melissa) dan Samsul Kamal Bin Mohd.Zain (Ancoy) yang masih kekal relevan dalam industri muzik tanah air sejak penubuhan kumpulan pada tahun 1990. Konsert yang dianjurkan oleh Aliffbumirock Production dan Island Hous ini turut menampilkan Melissa Band yang ditubuhkan oleh Ajak Melissa pada tahun 2023, dengan penampilan Black Melissa Band sebagai pemain dram dan Kyoji Sky sebagai gitaris/pemain keyboard undangan untuk meneruskan legasi kumpulan tersebut. Selain itu, kumpulan Spellbound dari selatan tanah ai...

IZZWAN JUARA PERTANDINGAN TERPALING SOLO CONTEST ANJURAN CK MUSIC dan EPIPHONE.

Image
Izzwan Bin Nik Nizam (juara)  bergambar bersama wakil CK Music, Epiphone dan Eddrie Hashim Oleh: Eqmal Ezad. KUALA LUMPUR 17 MEI 2025 - Pertandingan Terpaling Solo Contest anjuran CK MUSIC dan EPIPHONE serta di juri oleh Eddrie Hashim telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini yang menyaksikan penyertaan lebih 50 orang pemain gitar dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Menurut juri pertandingan, Eddrie Hasim, pertandingan yang diadakan di CK Music ini bertujuan memberi platform kepada pemain-pemain gitar tempatan untuk menunjukkan bakat mereka yang selama ini hanya tersembunyi. Pertandingan yang bermula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan berakhir pada 5 Mei itu menerima sambutan yang luar biasa terutama melalui promosi di media sosial dan acara kemuncak ‘Terpaling Solo Contest’ telah diadakan pada 17 Mei 2025 bertempat di CK Music Showroom, Kuala Lumpur. Daripada lebih 50 penyertaan yang diterima, pihak penganjur telah menyenarai pendek 11 peserta...

Malam Magis Bersama Nadin Amizah: Melintasi Selat Melaka, Dari Jakarta ke Kuala Lumpur

Image
Oleh: Eqmal Ezad. KUALAL LUMPUR 15 MEI 2025- Penyanyi terkenal Indonesia, Nadin Amizah, akan mengadakan persembahan istimewa bertajuk 'Persembahan Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur' pada 16 Mei 2025, jam 8 malam, di Zepp Kuala Lumpur setelah menerima sambutan hangat daripada peminat di Malaysia. Persembahan kali ini akan menampilkan susunan muzik orkestra yang baharu, memberikan dimensi berbeza kepada lagu-lagu popular Nadin dalam suasana yang lebih intim dan eksklusif, sekaligus menjadikannya acara yang wajib dihadiri oleh peminat muzik indie dan alternatif. Menurut Nadin, beliau berasa teruja tetapi pada masa sama gementar untuk memenuhi jangkaan peminat di Malaysia, dan berharap mereka dapat menyaksikan perkembangan dirinya sebagai seorang pemuzik sejak kali pertama mengadakan persembahan di negara ini. Penganjur acara dari Renjana Idea, Siti Azlina menegaskan bahawa 'Malam Mendengar' bukan sekadar persembahan biasa tetapi merupakan satu pe...