Posts

KPDN Jalankan Pemeriksaan Ketat Elak Manipulasi Harga Susulan Pelaksanaan SST

Image
Tuan Shamsul Nizam Khalil (Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Opersai) KPDN dan Kos Sara Hidup) (kanan) ketika membuat tinjauan pemantauan Ops Kesan 4.0 di salah sebuah premis di Seri Kembangan.  Oleh: Norazni Ismail. SERI KEMBANGAN 09 JULAI 2025 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan operasi pemeriksaan berskala besar di seluruh negara bagi memastikan tiada manipulasi harga susulan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa 1 Julai 2025. Pemeriksaan yang dijalankan bersama pegawai dari Putrajaya dan Selangor ini meliputi pelbagai kategori perniagaan termasuk kilang, pengimport, pemborong, pengedar dan premis runcit bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan cukai yang baharu. Menurut Tuan Shamsul Nizam Khalil (Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Opersai) KPDN dan Kos Sara Hidup), pemeriksaan ini tertumpu kepada empat elemen utama iaitu memastikan hanya barangan dan perkhidmatan yang terlibat dalam SST s...

Dadali Bawa Hits Galau ke Zepp KL, Lancar Projek Filem Perdana

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 07 JULAI 2025 — Suasana di Zepp Kuala Lumpur bertukar menjadi lautan emosi apabila kumpulan pop-melayu Indonesia, Dadali, akhirnya merealisasikan konsert sulung mereka di Malaysia menerusi "Dadali — Sebuah Kisah Live in Kuala Lumpur". Sejak tirai dibuka tepat 9 malam, lebih daripada 1,600 penonton menyanyi seirama bersama vokalis Octa Dyrga Nala Prana (Dyrga), memperlihatkan pengaruh mendalam lagu-lagu galau mereka di hati peminat tempatan yang sudah lama menanti kehadiran mereka. Sepanjang hampir dua jam persembahan yang memukau, Dyrga bersama barisan Boim (Gitar), Rickarjd (Gitar Melodi), Dendi (Keyboard), Hendi (Bass) dan Obot (Dram) melontarkan 18 dendangan popular yang menghipnotis penonton. Antara lagu-lagu hits yang dipersembahkan termasuk "Di Saat Sendiri", "Cinta Jangan Kau Pergi", "Sakit Teramat Sakit", "Mendua", "Di Saat Aku Tersakiti", "Aishiteru" serta kejutan "D...

Kebangkitan Semula Jenama Kasut Fung Keong: Dari Penerbitan Buku Hingga Menghidupkan Kembali Ikon Kasut Tempatan

Image
En Izzat Amir (Pakar Strategi Jenama) memegang kasut Fung Keong keluaran khas Allahyarham Pyan Habib. Oleh: Papadin. SEREMBAN 06 JULAI 2025 - Perjalanan menarik seorang penerbit buku yang beralih arah menjadi penjual kasut bermula apabila Izzat, pemilik Raba k  Li t  Publishing yang diasaskan oleh En Mohd Jayzuan, secara tidak sengaja menemui sejarah jenama kasut tempatan Fun g Ke ong semasa membuat penyelidikan di Pulau Pinang pada akhir 2019. Selepas bekerja hampir 10 tahun di PTS Media Group sebelum memulakan syarikat penerbitannya sendiri pada 2017, Izzat tidak pernah menyangka bahawa pertemuannya dengan sutradara Nasir Jani akan membuka babak baru dalam hidupnya. Ketika menemu bual seorang ikon skateboarder untuk projek buku, mereka lebih banyak bercakap tentang kasut, dan malam itu setelah menonton semula filem 'Kembara Seniman Jalanan', Nasir Jani menceritakan tentang kewujudan kasut tempatan Fung Keong yang dipakai oleh M. Nasir dan Pyan Habib dalam filem tersebut, jau...

Dato' M. Nasir Cipta 3 Bakal Gegar Axiata Arena dengan Hadiah Harley Davidson Bernilai RM114,000

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 04 JULAI 2025 - Industri muzik tanah air bakal dikejutkan sekali lagi dengan pengumuman Konsert Dato' M. Nasir Cipta 3 yang akan berlangsung pada 27 September 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam. Konsert yang melengkapkan trilogi siri Cipta ini mengusung konsep "Malam Ini Gua Rock" dengan tema pakaian "Rock Cara Lu...Janji Rock" yang memberikan kebebasan kepada peminat untuk berekspresi mengikut kefahaman rock masing-masing. Sang maestro akan mempersembahkan lagu-lagu rock ciptaan dan nyanyian beliau yang telah meninggalkan kesan mendalam di jiwa peminat serta membangkitkan nostalgia tersendiri. Kerjasama strategik antara Dato' M. Nasir, Icon Entertainment, Harley Davidson dan Etiqa sebagai rakan strategik utama bakal memeriahkan konsert bersejarah ini dengan memberikan kejutan istimewa kepada penonton bertuah. Motosikal jenama Harley Davidson model Softail STD FXST yang bernilai RM114,000 lengkap deng...

Art of Speed Malaysia 2025 Kembali dengan Tema "Custom Ada Gaya"

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 04 JULAI 2025 - Acara tahunan terbesar Malaysia yang meraikan budaya Kustom dan Counter Culture, Art of Speed Malaysia 2025 (AOS 2025) akan kembali memukau peminat automotif dan budaya kustom di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 26-27 Julai 2025. Mengusung tema "Kustom Ada Gaya", acara spektakuler ini akan berlangsung dari 10:00 pagi hingga 7:00 petang di kedua-dua hari, mengambil alih keseluruhan kompleks MAEPS dengan ruang dalaman seluas 452,084 kaki persegi dan kawasan luar seluas 320 ekar yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik. Tahun ini, AOS 2025 menjanjikan pengalaman yang lebih memukau dengan kehadiran 28 tetamu antarabangsa dan VIP dari pelbagai negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Australia, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Brunei. Antara tetamu istimewa yang bakal hadir ialah Shige Suganuma, Hiro "Wildman" Ishii dan Hey Murakamii dari MOONEYES Jepun, Brendon Vetuskey yan...

Dadali Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert Tunggal "Sebuah Kisah"

Image
Oleh: Papadin. KUALA LUMPUR 04 JULAI 2025 - Kumpulan pop Indonesia, Dadali, bakal menggemparkan pentas muzik Malaysia dengan konsert tunggal bertajuk "Sebuah Kisah" di ZEPP Kuala Lumpur pada 5 Julai 2025. Konsert yang dianjurkan oleh Biz Creation dan Ultimate Media ini menandakan kemunculan semula Dadali ke pentas Malaysia selepas 13 tahun sejak pelancaran album mereka di Hard Rock Cafe Malaysia pada 2012. Dengan durasi persembahan selama 2.5 jam, Dadali akan mempersembahkan 18 lagu pilihan yang menggabungkan lagu-lagu hit mereka seperti "Mengapa Kau Pergi" dan "Aishiteru", termasuk lagu-lagu arwah ahli kumpulan yang telah tiada. Konsert ini istimewa kerana menampilkan kolaborasi eksklusif dengan artis jemputan, Ronnie Hussein, yang dipilih khas sebagai wakil musisi Malaysia. Menurut vokalis Dadali, pemilihan Ronnie Hussein bukan sahaja kerana keserasian genre muzik mereka, tetapi juga sebagai bentuk penghormatan kepada industri muzik Malaysia yang heb...

"Rockology Johor Tetap Berlangsung - Penganjur Patahkan Spekulasi Pembatalan"

Image
  Oleh: Norazni Ismail. JOHOR BAHRU - Pihak penganjur Rockology Concert Tour 2025, RPM Events Sdn. Bhd., menafikan secara rasmi khabar angin yang tersebar di media sosial mengenai pembatalan konsert yang dijadualkan pada 5 Julai 2025 di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri. Dato' Awie, ikon rock tanah air, menegaskan bahawa konsert akan diteruskan seperti biasa dengan menyeru peminat supaya tidak percaya pada cakap-cakap kosong yang disebarkan. "Saya rasa ramai yang tak sabar nak hidupkan malam rock itu dan nak kembalikan nostalgia 80an dan 90an di Johor bersama kami nanti. Walau apa pun yang berlaku kami tetap akan gegarkan EduCity seperti yang dijanjikan," kata beliau. Konsert bersejarah ini akan menyatukan dua nama besar dalam industri rock Malaysia iaitu Dato' Awie dan Search (Kid Din) dalam satu persembahan eksklusif yang dijangka menggegarkan selatan tanah air. Dato' Eddy, Pengarah RPM Events, menegaskan bahawa Rockology bukan sekadar konsert tetapi me...