MAEPS Bergegar lagi-Art of Speed Malaysia 2025 Tampil dengan Tema 'Kustom Ada Gaya'

Oleh: Norazni Ismail. SERDANG, 01 OGOS 2025 – Acara Kustom Kulture terbesar tanah air, Art of Speed (AOS) 2025 yang ke-14 telah berjaya menggegarkan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang selama dua hari berturut-turut dari 26 hingga 27 Julai lalu. Acara ikonik yang bertemakan "Kustom Ada Gaya" ini sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai perayaan seni dan gaya hidup automotif paling dinanti-nantikan di Malaysia, menarik ribuan peminat dan penggemar tegar dari seluruh negara. Kehadiran lebih 30 tetamu antarabangsa dari negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Australia, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan China telah menambah lagi prestij acara ini, termasuk kehadiran istimewa Shige Suganuma dari MOONEYES Jepun dan Brendon Vetuskey, pereka produk Hot Wheels dari Amerika Syarikat. Pengalaman pengunjung dimulakan dengan gerbang ikonik AOS yang telah dinaik taraf secara besar-besaran, kini tampil lebih garang dan moden dengan paparan ...