Posts

Showing posts with the label SEMASA

PESANAN DARI LIFE PETAL

Image
Jom sama-sama membantu memerangi wabak covid 19 yang melanda sekarang....

Invest Selangor Berhad dan MIDA Anjur "Program Pocket Talk", Bantu Perkasakan Usahawan Sektor F&B Negeri Selangor

Image
Sektor Makanan dan Minuman telah menjadi salah satu kelompok utama di Selangor. Ia adalah industri kelima terbesar di Selangor sejak tahun 1980, sektor ini telah menyaksikan sejumlah RM18 bilion dilaburkan dan telah mewujudkan hampir 50,000 peluang pekerjaan di Selangor. Sebagai Selangor berazam untuk menjadi hab perdagangan dunia dan sektor Makanan dan Minuman sebagai sebahagian daripada cita-cita ini, Invest Selangor Berhad dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menganjurkan Program Pocket Talk: Industri Makanan & Minuman Selangor 2020 di Concorde Hotel Shah Alam. Objektif utama "Program Pocket Talk" tersebut adalah untuk memaklumkan kepada pemain industri mengenai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Program ini menampilkan sesi perkongsian mengenai inisiatif oleh kerajaan negeri serta oleh kerajaan persekutuan dari MIDA. Terdapat (4) empat topik yang dibentangkan dalam "Program Pocket Talk" , iaitu " Selangor Intern...

Forum NSummit2 Terima Lebih 5000 Penyertaan, CEO Umum Henti Operasi Di Malaysia

Image
Forum NSummit2 yang dianjurkan buat kali kedua semalam, berlansung di Mines International Exhibition & Convention Centre semalam berjaya menerima penyertaan lebih daripada 5000 peserta, termasuk usahawan tempatan terkemuka dan wakil-wakil kerajaan. Forum NSummit2 dilancarkan dengan perbincangan bersama pakar antarabangsa terkemuka berjudul ‘Vaping daripada Perspektif Global’ . Forum itu disertai oleh Prof.Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh , Dr. Arifandi Sanjaya dari Indonesia dan Dr Konstantinos Poulas , seorang pakar dari University of Patras di Greece.  “Misi NCIG sentiasa jelas sejak hari pertama - untuk meningkatkan kualiti hidup para perokok dan keluarga mereka dengan menamatkan ketagihan rokok buat selama-lamanya. Kami bukan sahaja sebuah syarikat vape. Kami membina perniagaan ini untuk membantu perokok supaya mereka dapat menamatkan ketagihan mereka dengan selamat dan berkesan," kata Shariffuddin dalam ucapannya. Sejak pelancaran NCIG, ia telah pun membantu ...

NQCC Jalin Kerjasama Bersama China's Little Kid Stars Bagi Penganjuran Asia's Kid Star

Image
Pada 31 Julai 2019 yang lalu, NQ Cultural Commercial Sdn. Bhd (NQCC) telah melancarkan majlis pra-pelancaran program Asia's Kid Star (AKS) yang telah disempurnakan oleh YAM Tunku Muna Najiah lbni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj. Rentetan dari penganjuran majlis ini, NQCC sekali lagi menganjurkan satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama China Little Kid's Star (CLKS) bagi penganjuran bersama AKS bagi penyertaan kanak-kanak dari Negara China.  CLKS merupakan sebuah institusi yang dibangunkan bagi mencungkil bakat kanak-kanak di beberapa bandar besar di China untuk diketengahkan hingga ke peringkat antarabangsa. CLKS akan membawa lebih 300 penyertaan kanak-kanak dari negara China didalam penganjuran Asia's Kids Star yang akan diadakan di Malaysia.  Asia's Kids Star  adalah satu program pencarian bakat kanak-kanak dalam pelbagai bidang seni antaranya tarian, nyanyian, peragaan dan lukisan.  Asia Kids Star  juga turut membuka penyerta...

Mahadi Badrul Zaman Terima Anugerah 'The Jewels of Muslim World' 2019

Image
Pengasas kepada Financial Genius Group (FGG) , Dato' Sri Mahadi Bin Badrul Zaman, telah mengharumkan nama negara  pada Pameran dan Persidangan Biz Dunia OIC ke-9 apabila beliau telah tersenarai antara 6  penerima Anugerah 'The Jewels of Muslim World 2019' pada satu majlis makan tengah hari yang diadakan bersempena dengan persidangan tiga hari itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC semalam yang telah berlansung dari 4 September dan berakhir pada 6 September 2019. Pada majlis tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail yang mewakili Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan anugerah tersebut kepada penerima. Upacara penghargaan yang diadakan buat kali ke sembilan itu, adalah untuk menghormati kejayaan, inovasi dan pencapaian individu yang cemerlang di dunia Islam. Kriteria pencalonan, yang dikenal pasti oleh majalah OIC Today, berdasarkan pencapaian dalam bidang in...