Konsert "Divas & Diamonds" Bakal Meriahkan Johor Bahru

Oleh: Norazni Ismail. JOHOR BAHRU 26 JULAI 2024- Konsert "Divas & Diamonds" yang menampilkan artis Malaysia dan Indonesia menjadi antara program promosi "Road to Visit Johor 2026" dan dijangka meningkatkan kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri ini. Konsert anjuran Mega Eve Sdn Bhd yang membariskan penyanyi dari Indonesia iaitu Datuk Seri Rossa dan artis tempatan seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan Joe Flizzow itu bakal berlangsung pada 7 Sept, 8.30 malam di Stadium Arena Larkin dengan jangkaan kehadiran 6,000 penonton. Pengarah Tourism Johor Shahril Nizam berkata pihaknya yakin kehadiran artis ternama dalam dan luar negara akan membawa lebih ramai pelancong dari Indonesia, Singapura, Brunei dan banyak lagi sekali gus meningkatkan sektor pelancongan Johor. "Kita akan menuju ke 'Tahun Melawat Johor 2026' jadi tahun ini kita telah mulakan gerakan (promosi) itu dan inisiatif konsert ini antara platform untuk mem...