SELBIZ 2025 Kembali dengan Festival Inovasi dan Konsert Gempak

Oleh: Papadin. SHAH ALAM 28 OGOS 2025 - Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) bakal kembali dengan lebih meriah melalui edisi keempat yang dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), penganjuran tahun ini mengusung tema 'Festival Inovasi' dengan KRU Studios Sdn Bhd sebagai pengurus acara rasmi yang dijangka membawa pelbagai program strategik dan hiburan berkualiti tinggi. Menurut Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof, SELBIZ 2025 disasarkan untuk terus menjadi platform utama pemadanan perniagaan antara syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan serta agensi kerajaan dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Matlamat penganjuran ini bukan sahaja untuk pasaran domestik, tetapi juga bagi menembusi pasaran antarabangsa sambil menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam memajukan perniagaan PMKS d...