Posts

Showing posts with the label HIBURAN.

6 JIWA MUDA, PENERUS LEGASI MUZIK YANG BIKIN ORANG “KETAGIH” CHERRY ON TOP

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 19 Jun 2024 – Sudah sekian lama industri muzik arus perdana tanah air tidak diperdengarkan dengan band multi bakat semuda Cherry On Top yang membuka banyak mata sejak single mereka, Ketagih dilancarkan. Setahun penggabungan, memperkemaskan penampilan, enam anak muda ini yang berkongsi minat mendalam terhadap seni nyata tidak menduga kejutan yang menanti apabila pesona sehebat Datuk Syafinaz Selamat sedia berkolaborasi. “Siapalah kami ini berbanding beliau, Datuk Syafinaz Selamat?” kata Kuzan, 22, atau nama sebenarnya, Raja Hifzhan Shah Raja Mohd Sham yang merupakan pemain keyboard, juga programmer dan vokal yang mengetuai band yang berasal dari Kuala Lumpur ini. Dimuatkan di dalam EP sulung mereka, Ketagih, bersempena single ciptaan Kusham dan lirik oleh Syafinaz Selamat itu, ia seolah booster buat band yang turut disertai gitaris, Osama, 23; pemain dram, Ayen Tommy, 25; penyanyi utama, Holy, 23; selain pasangan adik beradik, Didi, 22, dan Bobo, 18,...

Ziana Zain Memukau Di Usia 56, Diva Seluruh Generasi

Image
  Oleh: Zizi Hashim Di bawah naungan CSA Academy selaku penganjur, Konsert Ziana Zain 2024 ini sememangnya langkah sangat bijak sebagai daya tarikan crowd untuk mengabadikan sebuah kenangan indah setelah 22 tahun tidak beraksi di konsert solo. 20 buah lagu dalam masa 3 jam, dibarisi nama-nama hebat dalam industri seni tanahair dengan diterajui oleh Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik serta pemain piano berganding bahu bersama Jennifer Thompson sebagai Pengarah Konsert. Tidak ketinggalan pemuzik hebat seperti Nan Alias (gitar), Wan Gigi (gitar), Gideon (bass), Derrick Siow (dram), Firdaus (kibod), Steve Thornton (perkusi) serta Mariam, Fazira dan Affan sebagai penyanyi latar. Lagu “Ada Suara Ada Cinta” pembuka tirai pada malam 25 Mei 2024, tidak dapat menafikan hal hebat dalam diri seorang Ziana Zain yang dikongsi bersama lebih 5,000 pemilik hati yang mengidolakan sebutir bintang begemerlapan, memenuhi ruang kapasiti Mega Star Arena Kuala Lumpur. Introduksi lagu-lagu seperti ...

COKELAT "KEMBALI" gegarkan Kuala Lumpur Ogos ini.

Image
  Band Cokelat, antara pemuzik terbaik yang dimiliki industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu popular mereka berjaya meletakkan band asal Bandung ini sentiasa segar dalam ingatan peminat. Band yang dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk 'berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022. Melalui media sosial, mereka muat naik hantaran video kembalinya Kikan dan Ervin. Malah, berita itu menjadi khabar gembira buat seluruh peminat Cokelat yang merindukan formasi terbaik band ini. Terbaharu, Cokelat kembali ke Malaysia menerusi konsert yang bakal diadakan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Kikan mewakili Cokelat berkata, "Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-pe...

Konseret Divas & Diamonds 2024 bakal diadakan pada September ini.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 28 MEI 2024- Untuk kebanyakan daripada kita, muzik dan lagu telah menemani kita sepanjang hidup kita dan memberi kita pelbagai memori indah sepanjang hayat. Seperti bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, memang sukar nak pisah irama dan lagu. Itulah salah suatu tujuan penubuhan Syarikat Mega Eve Sdn Bhd; iaitu dengan niat untuk menghidangkan konsert-konsert yang mempamerkan artis-artis yang membawa persembahan dengan penuh intensiti, di mana penonton akan dihiburkan dan menghargai kenangan indah ini selama-lamanya. Itulah sebabnya kami berada di sini hari ini untuk melancarkan, apa yang kami harap akan menjadi salah satu konsert terbaik yang pernah diadakan dan kami menamakannya, Divas & Diamonds 2024. Dengan barisan bintang yang penuh menyinar, peminat di Johor Bahru boleh menjangkakan malam yang meriah dengan persembahan menakjubkan yang ditenun dengan pentas, bunyi dan lampu yang inovatif. Divas & Diamonds merupakan sebuah konsert ber...

Farasu Merintis Nuansa Baru untuk Metal Nusantara

Image
  Oleh:Norazni Ismail. KUALA LUMPUR – Kumpulan muzik metal berteraskan nusantara, Farasu bakal kembali dengan mengadakan showcase buat julung kalinya setelah meriliskan album terbaharunya berjudul ‘Majestica’ . Farasu yang ditubuhkan pada tahun 2002 berpengalaman mengadakan beratus persembahan pentas di dalam negara manakala sudah 33 kali membuat persembahan di luar negara secara indipendence antaranya Indonesia, Taiwan, China, Singapura dan juga Jepun.   Setelah lama tidak mengadakan persembahan pentas, Farasu bersama penganjur Rockstage Entertainment dengan Kerjasama Rocktone Studio dan Majestica Sembranica Production akan mengadakan showcase istimewa sempena pelancaran album terbaharu Majestica yang bakal berlangsung pada 23 Jun 2024 di Drum Asia, Bandar Sri Hartamas, Kuala Lumpur bermula jam 3 petang hingga 8 malam. Showcase yang dijangka akan mengumpulkan seramai 150 peminat muzik metal ini, lebih cenderung untuk memperkenalkan album ‘Majestica’ dan juga lagu-lagu yang...

Afif Tirmizie & Nikki Palikat bergabung hasilkan Lagu Tema "Dugaan Takdir Cinta" Untuk Drama “Takdir Itu Milik Aku”.

Image
Oleh: Norazni Ismail. Pasangan duet Malaysia yang sedang melancarkan lagu “Dugaan Takdir Cinta” iaitu penyanyi lelaki, Afif Tirmizie yang terdahulu merupakan anggota kumpulan popular seperti The Fabulous Cats dan Nukilan, terus menorehkan nama dalam industri muzik. Manakala penyanyi perempuan pula, Nikki Palikat, yang dikenali melalui penampilannya yang memukau dalam program termasuk All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada tahun lalu. “Apabila saya dapat tahu akan menyanyikan lagu “Dugaan Takdir Cinta” bersama Nikki Palikat,  saya sangat berasa teruja akan kolaborasi ini kerana kepakarannya dan kemahiran vokalnya  menjadikan proses rakaman ini berjalan dengan lancar” Menurut Afif Tirmizie merupakan producer vokal dan penyanyi lelaki terhadap Nikki Palikat apabila mendapat tahu tentang pasangan duetnya. Buat pertama kalinya Afif Tirmizie dan Nikki Palikat bergabung menghasilkan Lagu “Dugaan Takdir Cinta” sebagai lagu tema untuk drama “Takdir Itu Milik Aku” yang dijangka memberi im...

“Syayang, Ku Terus Mencintaimu” - Wanns Ahmad

Image
    Oleh:  Fenriz Shamudin KUALA LUMPUR 15 FABRUARI 2024- Pada tahun 2015, nama Wanns Ahmad pernah viral dengan lagu ciptaannya yang memiliki nada balada romantis yang diberi judul “Terus Mencintaimu” . Berbekalkan suara lemak merdu, beliau mengumpul sejumlah besar peminat tersendiri yang mengkagumi bakat anak muda berusia 32 tahun ini. Sering dilihat aktif pada setiap akaun media sosial beliau, Wanns pro-aktif melontar teaser demi teaser berkenaan aktiviti terkini beliau sebagai inisiatif untuk lebih rapat dengan peminat. Satu langkah bijak dalam mempromosikan lagu-lagu beliau. Meski lebih dikenali menerusi bidang lakonan terutama lakonan beliau dalam drama Jangan Menangis Cinta, Wanns tetap tidak jemu-jemu berkarya dan menulis lagu. Bidang lakonan dan pengacaraan yang diceburinya adalah lebih kepada mengisi masa lapang dan mencuba kepelbagaian. Dapat berlakon di sisi pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Amyra Rosli, Kiah Propa dan ramai lagi, dikutip sebagai pe...

A.C.A.B & CROMOK MENYATUKAN MUZIK OI! & METAL DALAM ‘CLASH OF THE TITANS’

Image
  Oleh: Norazni Ismail PETALING JAYA 15 FEBRUARI 2024- 2024 bakal menyaksikan dua legenda muzik underground bertembung di Kuala Lumpur! Clash of the Titans akan mengambil tempat di Zepp Kuala Lumpur mempertaruhkan Godfathers of Oi! , A.C.A.B dengan gamechanger Thrash Metal , Cromok menyatukan dua aliran muzik berbeza dalam satu show  yang pasti diingati semua penggemar irama underground tempatan. Clash of the Titans anjuran A.C.A.B Productions ini bakal berlangsung 9 Mac 2024 , Sabtu di Zepp Kuala Lumpur mulai jam 8 malam . Konsert yang meraikan kedua-dua ikon muzik underground tempatan ini akan menjadi sejarah penting scene muzik tempatan kerana A.C.A.B dan Cromok masing-masing memainkan seleksi lagu-lagu terbaik daripada diskografi mereka sepanjang bergerak aktif.   Max Mohammad , vokalis/gitaris A.C.A.B dan juga pencetus idea Clash of the Titans (bersama Karl Cromok ) berkata, “Masa showcase Bangun, aku nampak bukan setakat skinheads dan punks hadir, tap...

"PEMILIK HATIKU" taruhan HarsonBee

Image
  Oleh: Norazni Ismail KUALA LUMPUR 07 Februari 2024 - Nama penyanyi HarsonBee mungkin masih asing dalam  industri muzik tempatan. Namun, bakat dimilikinya tidak boleh dipandang sepi. Tidak hanya  menyanyi, HarsonBee atau nama sebenar Harrison Bryan turut berbakat dalam bidang penciptaan lagu. HarsonBee yang berasal dari Sandakan, Sabah juga menjadi antara bakat yang dicungkil menerusi projek Sabah Next Top Composer (SNTC) untuk mencipta lagu dalam bahasa Malaysia. Menerusi pertandingan yang diadakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan platform YouTube itu, HarsonBee berjaya mendapat tempat ketiga dengan mempertaruhkan karya ciptaan sepenuhnya berjudul Cerita Cinta Kita. Tuah buat HarsonBee apabila ujibakatnya berjaya mendapat perhatian dari komposer ternama L.Y. untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya, L.Y. Music Factory. Melangkah ke tahun baharu 2024, HarsonBee muncul dengan single berjudul Pemilik Hatiku yang juga hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya dan ...

Bakat cilik NEO muncul dengan single "OH IBU"

Image
  Oleh: Norzani Ismail Kuala Lumpur 07 Februari 2024 - Kredibiliti Penerbit muzik dan Komposer terkenal L.Y. atau nama sebenar Rozman Shafie dalam menghasilkan lagu tidak perlu disangkal lagi. Malah, deretan lagu yang dicipta bersama isteri, Baiduri sejak era 1990-an kekal menjadi lagu malar segar malah masih menjadi siulan dalam kalangan pencinta muzik tanah air. Tidak hanya dalam penciptaan lagu, L.Y. menerusi syarikat rakamannya L.Y. Music Factory semakin aktif dalam mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian. Terbaharu, LY mempertaruhkan bakat penyanyi cilik berusia 12 tahun yang dikenali sebagai NEO menerusi lagu Oh Ibu. Menurut NEO, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cinderella itu digubah khas untuk dirinya. "Lagu Oh Ibu ini adalah hasil karya penulis lagu dan lirik baharu Cinderella. Lagu ini digubah khas untuknya. Susunan muzik dan rakaman muzik lagu ini dibuat di Indonesia bagi mencipta kelainan. Manakala rakaman vokal di L.Y. Music Factory, Shah Alam. Lagu ini berkonsepka...

Jelmakan Auramu’ Bersama Ernie Zakri dan Zeleb+ NMN

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur, 01 Februari 2024 - Rentetan daripada penerbitan album debut Ernie Zakri AURA, di bawah Universal Music Malaysia hujung tahun lalu, bintang bersuara emas ini teruja untuk berkongsi video muzik Aura yang telah mula dipertontonkan di Youtube beliau sejak Jumaat lalu. Lagu Aura menceritakan tentang kekuatan serta keyakinan diri seorang wanita. Ia adalah sebuah karya yang mengangkat nilai pemerkasaan dan perjuangan wanita masa kini. Dan, mesej ini diterjemahkan dengan begitu indah dan sempurna dalam video muzik Aura. “Lagu ini sebenarnya sudah lama dirancang dan telah siap dirakam sekitar dua ke tiga tahun yang lalu. Namun, kami terpaksa menangguhkan pelancarannya seketika kerana menanti saat yang tepat untuk memperkenalkannya kepada peminat. Kebetulan, perancangan untuk melahirkan album penuh tahun lalu berjaya dilaksanakan tepat pada masanya. Jadi, kami putuskan untuk menerbitkannya di dalam album pertama saya di bawah naungan Universal Music Malaysia d...