SEPANG SPEED & SOUL 2025: Festival Mega Auto & Gaya Hidup Malaysia masuk PERCUMA.

Oleh: Eqmal Ezad. KUALA LUMPUR, 11 JUN 2025 – Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 akan menjadi acara automotif paling meriah tahun ini apabila menggabungkan kelajuan, gaya dan identiti budaya Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 14 dan 15 Jun 2025. Berbeza dengan ekspo automotif biasa, festival tempatan ini meraikan identiti 1Malaysia di pentas serantau dengan persembahan budaya tradisional mewakili semua etnik utama di negara ini, menjadikannya destinasi wajib untuk peminat permotoran dan keluarga Malaysia. Festival yang dianjurkan oleh KL Works ini menawarkan pelbagai tarikan menarik termasuk demonstrasi drift yang memukau, pameran kereta retro dan perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan. Pengunjung juga berpeluang menikmati hari litar rasmi, aksi demo oleh pemandu lagenda dan akses eksklusif ke kawasan pit, manakala persembahan budaya tradisional yang dinamik dan tarian etnik pribumi Borneo akan memeriahkan lagi suasan...