Posts

Showing posts with the label HYPPENING

Siapakah Yang Bakal Bergelar Miss Pink Lady Asia Musim 2?

Image
Miss Pinklady Asia (MPLA) musim 2 merupakan peogram realiti pencarian model yang menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia seperti Thailand , Myanmar, India, Korea, Philipines, Singapore, Indonesia , Hong Kong dan tidak lupa sebagai tuan rumah iaitu Malaysia. Kesemua peserta ini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza bakal bersaing untuk mendapatkan gelaran menjadi Pink Lady of Asia untuk musim ke 2! Seperti penganjuran musim pertama pada tahun lalu, kesemua peserta akan di tempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Disitu kesemua peserta akan melalui rutin harian yang telah disediakan oleh penganjur disamping bersaing antara satu sama lain dalam cabaran yang ditetapkan. Antara cabaran yang ada seperti ‘catwalk’, sesi fotografi’ dan juga iklan.  Bukan setakat cabaran tetapi setiap peserta juga akan di berikan pengkongsian dan pendedahan dari mereka yang professional dalam bidang masing-masing untuk membantu dan membimbing mereka di dalam program ini. Di dalam...

Perkasakan Perniagaan Dan Francais Bersama IFEC

Image
International Franchise & Entrepreneurship Conference 2019, satu lagi usaha jitu Perbadanan Nasional (PNS) dalam memperkasakan industri francais dalam kalangan usahawan terutama dari Malaysia. Objektif utama IFEC adalah mencipta platform kepada pemain-pemain industri, usahawan dan para pemilik bisnes untuk mempelajari kaedah terkini dalam menguruskan perniagaan masing-masing. Ilmu-ilmu ini menjadi tangga untuk mereka mendaki dan meletakkan bisnes masing-masing ke tahap lebih tinggi. Jangan tidak tahu, di persidangan ini jugalah para usahawan akan bertemu dengan rangkaian kerja atau networking yang lebih berbaloi atau networthing. Semua yang hadir, bukan calang-calang kerana antara nama-nama yang disebut pernah duduk di meja penasihat ekonomi negara. Apa yang dilakukan oleh PNS ini selari dengan mandat yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yakni menyokong agenda kerajaan dalam pembangunan francais dan keusahawanan. 5 tajuk yang akan dibentangkan ialah...

PENGASIH Bakal Anjur Program Amal Bagi Kumpul Dana Pembangunan 'Cinta Manis'

Image
Persatuan PENGASIH Malaysia (PENGASIH) , bakal mengadakan satu majlis malam amal bagi mengumpul dana pembangunan untuk menyiapkan sebuah fasiliti Rawatan & Pemulihan Dadah Pengasih di  Cinta Manis, Bentong, Pahang. Majlis yang dijadualkan berlansung pada 17 November 2019 itu juga bertujuan untuk memberi peluang kepada individu, pihak korporat serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk bersama-sama menyumbang bakti dalam mengurangi masalah sosial yang menjurus kepada masalah penagihan dadah yang sedang dihadapi oleh segelintir masyarat di Malaysia. Majlis Malam Amal PENGASIH ini merupakan sebuah program dibawah naungan Y.B Tan Sri Dato' Muhyiddin Muhammad Yassin, Menteri Dalam Negeri. Majlis ini juga bakal dimeriahkan dengan persembahan khas oleh Dato' Jamal Abdillah, Man Bai, serta lain-lain artis undangan. PENGASIH dalam pada itu menjangkakan penglibatan ramai pihak korporat, keluarga serta individu perseorangan yang akan turut serta hadir bagi memeriahkan m...

Botaneco Garden & Guardian Jayakan Kempen CSR - Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan

Image
Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Oleh Botaneco Garden & Guardian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Memperlihatkan 25 Pokok Hutan Hujan Khatulistiwa Ditanam Di Taman Antarabangsa Bukit Jalil   Pokok-pokok dipilih melalui pilihan ramai Botaneco Garden , sebuah jenama penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi yang boleh didapati secara eksklusif di Guardian, berjaya mengumpul RM5,000 melalui kempen CSR tahunan Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan yang merupakan satu langkah menyokong usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon di bandar raya ini.  Sebanyak satu peratus daripada jumlah jualan produk Botaneco di rangkaian Guardian pada sepanjang bulan Ogos 2019 telah disalurkan ke arah penanaman 25 pokok hutan hujan khatulistiwa di Taman Antarabangsa Bukit Jalil, sebuah taman dalam bandar yang diurus dan dikendalikan oleh majlis perbandaran berkenaan.  Kempen Sat...