Posts

Showing posts with the label LOKAL

'HANYA MILIKMU' PERTARUHAN BARU iR RADZI

Image
Tahun 2015 membawa banyak kenangan kepada iR Radzi yang berasal dari Kuching, Sarawak. Dua tahun lalu, beliau memperkenalkan lagu 'Sempurna Waktu'  yang menjadi  lagu OST drama 'Teman Lelaki Upahan' , di TV3 kepada peminat-peminatnya. Lagu yang dicipta sepenuhnya telah mendapat perhatian peminat muzik dan membuka jalan yang lebih luas untuk Ir Radzi untuk pergi lebih jauh dalam industri. Beliau juga bekerjasama dengan komposer terkenal dari Malaysia dan Indonesia untuk menghasilkan lagu.  Keupayaan iR Radzi sebagai penyanyi dan penulis lagu telah diiktiraf apabila dia menjadi salah seorang finalis dalam kategori 'Artis Terbaik' di Anugerah Planet Muzik pada tahun 2015 Di samping itu, beliau juga dicalonkan untuk 'Artis Lelaki Baharu Popular' dan 'Penyanyi Lelaki Popular' di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2016. Tahun lalu, beliau memperkenalkan single terbarunya bertajuk 'Stay' . Lagu ini membuktikan beliau ...

Netizen Kecam Shuib Riak Tayang Kereta

Image
Jika anda pengikut  laman Instagram artis serba boleh Shuib, pasti melihat beberapa muat naik gambarnya bersama kereta mewah.  Tindakannya itu mengundang rasa tidak senang netizen apabila ada yang menempelak pengacara, pelakon dan pelawak itu yang disifarkan riak dan suka menunjuk-nunjuk.  Malah, ada yang tidak selesa dan berasakan Shuib bagaikan terikut-ikut sesetengah pihak yang sengaja mahu menayang kemewahan mereka di laman sosial.  Dia ketika hubungi berkata, niatnya hanya mahu berkongsi minatnya terhadap kereta berkenaan.  "Bukan niat saya menunjuk-nunjuk, tapi berkongsi apa yang memang saya suka.  Kalau ada yang tidak suka atau tak selesa, jangan follow saja saya," kata penyampai radio Hot FM itu. Media sebelum ini pernah menebak dirinya sebagai jutawan, namun Shuib merendah diri dan menafikan perkara itu. Hakikatnya deretan koleksi kereta mewah yang dipaparkan dalam muat naik di platform laman sosialnya, dia memang berada pada tahap...

Kehangatan Maharaja Lawak Mega 2019 Kembali Membara

Image
Program realiti pertandingan komedi yang paling dinanti-nantikan  oleh peminat tegar lawak di rantau ini , Maharaja Lawak Mega kini kembali menemui peminat-peminat bagi edisi 2019. MLM 2019 bakal membuka tirainya secara rasmi pada setiap hari Jumaat mulai 1 November 2019, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut MLM 2019' akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan distrim melalui platform Astro Go dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.  Majlis bagi memperkenalkan para peserta MLM 2019 telah diadakan petang tadi bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Antara barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan 'Cali' dari Brunei, 'Bocey', 'Zero', 'Rare', 'Puteh', 'Stone', Jambus', 'Rojak' dan juga juara program 'Muzikal Lawak Superstar musim pertama, 'J-...

Dato Hattan Kembali Dengan '5 Oktober'

Image
Dato Hattan muncul kembali dengan single terbarunya yang berjudul ”5 Oktober" . Kemunculan yang sememangnya amat sangat dinantikan oleh peminat-peminat. Kali terakhir Dato Hattan melancarkan album yang berjudul Indrawala pada 2010 yang mengandungi 5 buah lagu.  Seperti yang sedia maklum, Dato Hattan yang popular sebagai penyanyi solo sejak tahun 1991. Beliau juga telah melahirkan deretan album-album yang mengandungi banyak lagu popular sepanjang zaman. Antara lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Rindu Bertandang Lagi dan Rona-rona Cinta. Beliau juga turut mempopularkan loghat Negeri Sembilan menerusi lagu Biso Bonar. Lagu "5 Oktober" merupakan single yang ditulis oleh Bob Lokman. Sebuah lagu yang mengisahkan tentang kerinduan Bob terhadap anak sulungnya yang bernama Mohd Adam. Mohd Adam yang telah meninggal dunia seusia remaja iaitu 25 tahun. Allahyarh...

Alif Satar Bergabung Bersama Raihan Dalam Konsert Amal Countless Blessing

Image
Sebuah Konsert Amal " COUNTLESS BLESSING " yang  menampilkan gabungan mantap Alif Satar dan kumpulan nasyid legenda terkenal, Raihan bakal diadakan tidak lama lagi.  Koloborasi mereka bakal melepaskan rindu para peminat dengan lagu-lagu yang pasti menggamit kembali memori dan menyentuh hati. Bertepatan dengan temanya “Countless Blessing” diharapkan hadirin yang memenuhi stadium pada malam tersebut akan merasakan betapa banyak nikmat yang kita perlu syukuri di dalam kehidupan seharian kita. Pastinya tetamu yang hadir akan merasakan kelainan dari konsert yang pernah mereka hadiri. Konsert amal ini bakal diadakan pada 2 November 2019, jam 8 malam. Konsert amal yang dianjurkan bersempena dengan Kempen Live A Life 2019 oleh Philandure dan Komited Malaysia, yang bertempat di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara. Konsert ini merupakan platform untuk organisasi dalam sektor masyarakat sivil berkongsi peluang di dalam sebuah majlis yang berskala besar untuk mengumpul d...

Siapa Yang Kurang Ajar Dengan FTG?

Image
FTG adalah akronim kepada 'Freedom Thats Gone' yang membawa irama 'thrash' sudah tidak perlu di perkenalkan.  Band yang diasaskan di Kuala Lumpur pada tahun 1989 ini pada awalnya di terajui oleh Ibat selaku vokalis, Jac bertindak sebagai gitaris, Mie bassis dan Zam selaku pemain dram.  Mereka umpama peledak kepada industri muzik berat tempatan kerana berjaya membolosi persada muzik mainstream setelah muncul dengan EP yang berjudul “Freedom Thats Gone” pada tahun 1991 di bawah label Karun Seni (FGM).  Pada tahun yang sama FTG telah mempertaruhkan 2 buah lagu, Behind This Wall dan Kill Exxl dalam rancangan Muzik-Muzik. Seterusnya mereka tampil dengan album sulung, After The Promise yang telah dikeluarkan pada tahun 1992 di bawah label Valentine Sound Production. Sehingga kini FTG mempunyai 10 buah album studio antaranya ialah Spirit To Rebel (1994) , To The Front (1996) .  Kehadiran Tajul  yang sebelum ini bersama kumpulan Hidayu telah melahirka...

5 Mentor Bakal Beradu di Pentas Mentor Milenia 2019

Image
Program realiti Mentor Milenia yang mencari bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur berjaya dan berkemampuan di dunia seni kini kembali untuk musim ketiga! Berbeza dari tahun-tahun yang lepas, Mentor Milenia musim ketiga ini menampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor. Menurut Puan Zurina Othman, Pengurus Besar Jenama, Integrasi Digital & Perolehan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad , "Pelbagai kelainan yang diperkenalkan pada musim baharu ini, salah satunya adalah penambahan Stacy dan Ernie Zakri sebagai mentor buat pertama kali di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Selain itu, Mentor Milenia tahun ini turut menampilkan konsep dan format baharu. Kehadiran kelima-lima mentor berpengalaman dalam bidang seni beserta vokal yang mantap ini pastinya dapat mencuit hati penonton dengan gelagat masing-masing yang sentiasa memberi keceriaan kepada penonton. Sudah semestinya ramai yang ingin melihat keletah pasangan Akim dan Stacy ...

Mira Filzah Bintang Paling Popular 2019

Image
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2019) Edisi 32 semalam telah mengangkat pelakon dan pengacara Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular tahun ini sekaligus mengetepikan 5 calon Top 5 antaranya Syafiq Kyle, Khai Bahar dan Siti Nordiana yang juga menerima dua pencalonan didalam kategori utama anugerah tersebut. Selain dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2019, Mira Filzah turut mengungguli 2 kategori utama lain yang dipertandingkan; Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa serta Gandingan Serasi Drama Popular untuk kategori online.  Secara keseluruhannya, Mira Filzah telah menerima sebanyak 6,320,463 jumlah undian pada anugerah edisi tahun ini.  Dengan kemenangan tersebut Mira Filzah membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan X-Trail dan trofi. Sementara itu penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana yang merupakan saingan terdekat kepada Mira Filzah turut memenangi dua kategori anugerah utama iaitu kategori...

Sufie Rashid & Nurulain Selamat Bernikah

Image
JUARA Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 28 akhirnya selamat bergelar suami kepada  Nurulain dengan sekali lafaz sebentar tadi.  Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md Yusof pada 15 Disember 2018, hampir setahun yang lalu. Difahamkan, majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja yang diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga pasangan tersebut. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi tadi bertempat di Pulse Grande Hotel Putrajaya menyaksikan dulang hantaran sembilan berbalas tujuh serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 serta mas kahwin sebanyak SGD300.00 dan sebentuk cincin. Sufie dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan itu sendiri dan dikendalikan  oleh juru nikah yaitu  Ustaz Haji Hasli Othman Pendaftar Nikah Putrajaya.  Majlis resepsi bakal  berlangsung pada esok, 22 September 2019 di ...

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin Lancar Produk Baru, 'Belanja' Peminat Konsert Tanda Penghargaan

Image
Lebih 1,000 peminat menikmati malam yang pasti tidak dapat dilupakan apabila berpeluang menyaksikan persembahan hebat Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin di Konsert Mini Shopee X SIMPLYSITI. Diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu, 14.09.19, penyanyi yang memenangi pelbagai anugerah ini mengagumkan penonton dengan kemerduan suara dan personalitinya yang ceria. Penonton dibawa dalam perjalanan yang bermula dengan mengimbas memori keindahan lagu-lagu dari album pertamanya hingga ke album terkini. Antara lagu yang didendangkan termasuk Jerat Percintaan , Wajah Kekasih , Biarlah Rahsia dan Kasihku Selamanya.  Para peminat juga turut mengambil kesempatan ini untuk menyanyi bersamanya.  Konsert Mini Shopee X SIMPLYSITI ialah kerjasama antara Shopee, platform membeli-belah dalam talian no. 1 di Malaysia, dan SIMPLYSITI, jenama kecantikan Halal perintis Malaysia yang menawarkan produk penjagaan kulit, kosmetik dan minyak wangi diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhali...

Alif Satar Hibur Peminat Dalam Siri Jelajah Mini Showcase Bersama Petron Miles

Image
Petron Malaysia mempersembahkan Jelajah Mini Showcase Alif Satar khas buat ahli Petron Miles dan peminat setia Alif Satar. Jelajah Mini Showcase Alif Satar bermula di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 14 September, diikuti oleh Pulau Pinang pada 28 September, Kota Kinabalu pada 12 Oktober dan Melaka pada 20 Oktober. Program eksklusif yang dibawa oleh Petron menampilkan 'meet and greet' istimewa bersama Alif Satar dan juga beberapa permainan dan aktiviti menarik, serta peluang buat peserta bagi memenangi barangan eksklusif dari Petron, Enrich dan Alif Satar. Mereka yang menghadiri Mini Showcase Alif Satar ini juga secara automatiknya akan layak bertanding dalam peraduan Fuel & Fly Petron dan Enrich baharu ke New Zealand bersama Alif Satar. “Kami sangat teruja untuk bekerja dengan Alif Satar dan memberikan peminat beliau serta pelanggan setia kami peluang untuk mengenali salah seorang artis popular di Malaysia. Kami mahu berikan pengalaman yang terbaik k...