3 SELEBRITI ANTARA 18 USAHAWAN WANITA BERPENGARUH MALAYSIA DIIKTIRAF DI MAJLIS MIWE 2024

Puan Emma, Dato' Ifa Radziah dan Puan Fauziah Latiff antara penerima pengiktirafan dari Majlis Pengiktirafan Malaysia Influential Women Entrepreneurs (MIWE) 2024. Oleh: Norazni Ismail. SUBANG 26 OKTOBER 2024- Majlis Pengiktirafan Malaysia Influential Women Entrepreneurs (MIWE) 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober 2024 di Geno Hotel Subang Jaya. Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) ini telah mengiktiraf 18 usahawan wanita cemerlang yang telah menunjukkan prestasi membanggakan dalam bidang keusahawanan masing-masing. Antara selebriti yang menrima pengiktirafan adalah Puan Emma, Dato' Ifa Radziah dan Puan Fauziah Latiff. Program MIWE yang dirancang khusus untuk memperkasakan usahawan wanita di Malaysia ini bukan sahaja bertindak sebagai platform pengiktirafan, malah turut berperanan sebagai medan untuk meningkatkan penjenamaan peribadi dan mengembangkan rangkaian perniagaan. Majlis ini telah mengumpulkan usahawan wanita ber...