Dato' Aaron Aziz Lancar Kejohanan MMA Untuk Beri Peluang Kedua Kepada Golongan Terpinggir

Salah satu aksi pertarungan pada hari kejohanan. Oleh: Norazni Ismail. SUBANG 04 OGOS 2025 - Pelakon terkenal Dato' Aaron Aziz kini tampil dalam peranan baharu sebagai penganjur kejohanan seni bela diri yang membawa misi sosial melalui ULA SUPER 8 MMA CHAMPIONSHIP 2025. Kejohanan yang bermula 3 Ogos 2025 di Shah Alam ini bukan sekadar mempertemukan lapan peserta MMA terbaik dari Malaysia, Dagestan, Afghanistan, UK, Brunei dan Thailand, tetapi lebih fokus kepada memberikan peluang kedua kepada mereka yang memerlukan, termasuk bekas banduan dan belia yang pernah tersasar. Dato' Aaron menegaskan hasratnya untuk mengubah persepsi bahawa atlet tempatan perlu keluar negara untuk dikenali, sebaliknya membawa negara luar datang ke Malaysia sambil membuka peluang kerjaya dalam bidang hiburan dan aksi kepada peserta tempatan. Dato' Aaron Aziz (Penganjur) ULA SUPER 8 MMA CHAMPIONSHIP 2025. Kejohanan berformat tiga pusingan ini berlangsung secara berperingkat dengan suku akhir pada Og...