FESTIVAL OF SPEED menjanjikan kelainan acara

"FESTIVAL OF SPEED menjanjikan kelainan acara"..Dato’ Noorzaleha Baharudin (Presiden MiTDA) Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur (Oleh: Norazni) Festival of Speed yang bakal diadakan di Sepang International Circuit pada 3 Disember 2022 ini bakal menyemarakkan lagi sukan permotoran negara sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan baru negara. Acara yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development (MiTDA) dengan sokongan MOTAC, Tourism Malaysia dan SIC itu merupakan pameran dan platform untuk pencinta motor merasai semua aktiviti berkaitan motor. Menurut Dato’ Noorzaleha Baharudin, Presiden MiTDA, festival tersebut bakal mempertaruhkan keunikan yang tersendiri dengan sasaran 10 ribu orang pengunjung. "Ini adalah kali pertama di Malaysia kita akan menjayakan Festival of Speed & Motosikal Kuasa, yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya. Selain pertunjukan kereta esoktik dan motosikal, pengunjung juga boleh membeli terus kenderaan yang mereka minat...