JENAMA FESYEN RIZMAN RUZAINI LANCAR KEMPEN JUALAN RAMADAN KE RAYA

Oleh: Norazni Ismail. PUTRAJAYA 09 MAC 2025 - Jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini telah melancarkan kempen jualan khas sempena Ramadan hingga Raya yang dinamakan "Ramadan to Raya Shopping Delight". Jenama ini memperluas kehadiran mereka dengan beberapa lokasi jualan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Para peminat jenama ini boleh mengunjungi butik utama mereka iaitu Maison Rizman Ruzaini yang terletak di Shangri-La Kuala Lumpur yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Selain itu, pelanggan juga boleh ke gedung RR Store yang berada di Lot G-60, tingkat bawah IOI City Mall Putrajaya yang turut beroperasi pada waktu yang sama. Bagi memenuhi permintaan pelanggan sempena musim perayaan, Rizman Ruzaini juga akan mengadakan Pop Up khas di West Court, IOI City Mall Putrajaya bermula 7 hingga 30 Mac, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tambahan pula, jenama ini turut menyertai Absolut Bazaar di MITEC Kuala Lumpur yang akan berlangsung dari 21 Mac (bermula jam...