TIGA PENYANYI HEBAT BERSATU DALAM KONSERT HITAM MANIS

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 05 FEBRUARI 2025 - Tiga nama besar dalam industri muzik tanah air, Dato Hattan, Hazama, dan Black bakal menggemparkan pentas Plenary Hall, KLCC dalam konsert istimewa bertajuk "Hitam Manis" pada 8 Februari 2025. Konsert yang menggabungkan tiga genre muzik berbeza ini merupakan hasil daripada chemistry yang terjalin antara ketiga-tiga penyanyi tersebut. Dato Hattan yang terkenal dengan rock and blues, Hazama dengan pop rock, dan Black dengan balada akan membawakan persembahan unik selama dua jam. Dalam sidang media yang diadakan, Dato Hattan memaklumkan bahawa konsert ini akan merangkumi lagu-lagu hit mereka bertiga, termasuk beberapa lagu yang belum pernah dipersembahkan. Beliau juga merancang persembahan khas bagi mengenang rakan muziknya, mendiang Jay Jay dari kumpulan Carefree. Hazama, juara Akademi Fantasia musim ke-9, menyatakan konsert ini disasarkan untuk semua peringkat umur termasuk generasi Z. Untuk menarik minat generasi muda,...