Posts

Showing posts with the label CANTIK

Jamal Abdillah kini jadi usahawan kosmetik

Image
Dato Jamal Abdillah , Datin Zetty bersama produk Zarania. Foto: Azuddin Ahmad Zin. KUALA LUMPUR , 23 Ogos 2022 — Menceburi perniagaan di usia yang lewat tanpa ada pengalaman selalunya agak berisiko, apatah lagi jika perniagaan yang dijalankan itu sesuatu yang di luar kepakarannya. Namun berbekalkan semangat yang tinggi membuatkan penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah tekad untuk memulakan perniagaan berkaitan kosmetik walaupun sebelum ini beliau memiliki bisnes ikan arowana. Jamal, 63, berkata, dia memilih untuk menjadi rakan bisnes kepada Zarania Beauty memandangkan syarikat itu memiliki reputasi tinggi apabila mempunyai pengalaman dalam memasarkan produk jenama Natasya yang mampu bertahan di pasaran sehingga lebih 15 tahun. Jelas bapa kepada lima anak itu, idea kerjasama itu tercetus apabila dia melihat hobi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin yang gemar berhias cantik dan bersolek setiap masa serta minat berniaga. “Jadi saya jalin Kerjasama dengan Zarania Beauty sebagai hadiah kep...

AINAA BEAUTY Lancar Produk Baru Sempena Ulangtahun Kedua

Image
Bermula dengan satu produk tular, jenama produk kecantikan pasangan suami isteri, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab (Syafiqah Aina) dan Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad (Hafiz Mahamad) semakin berkembang pengaruhnya. Memasuki tahun kedua AINAA Beauty beroperasi, dua produk sulungnya, AINAA Serum dan AINAA Cleanser terus konsisten mencatatkan jualan yang memberangsangkan. Ia merupakan satu pencapaian luar biasa dalam tempoh singkat untuk jenama tempatan. Biarpun permulaannya dirintangi dengan khabar-khabar angin yang berpotensi untuk menjatuhkan reputasi AINAA Beauty, semangat pasangan muda itu tidak luntur. Dikenali sebagai antara selebriti media sosial berpengaruh Malaysia, Aina dan Hafiz mengambil risiko  untuk memulakan perniagaan selepas sebulan berumahtangga. Ketika itu, nama Aina berada di puncak  populariti dan sedang laris menjadi wajah kempen pilihan jenama-jenama fesyen tempatan. Peluang mereka terbuka selepas bertemu seorang usahawanita tempatan, N...