Posts

Showing posts with the label DRAMA

DRAMA RAYA SURIA FM "HAYATI" KETENGAH ISU KESIHATAN MENTAL HASIL KERJASAMA BERSAMA YAYA EMPIRE PERFUME

Image
Oleh: Norazni Ismail. DAMANSARA 20 MAC 2025 - Suria FM dengan kerjasama YAYA Empire Perfume bakal mempersembahkan drama raya 2025 berjudul "Hayati" yang akan ditayangkan pada 20 Mac 2025 di Facebook Suria FM dan YouTube Suria TV bermula jam 12 tengahari. Drama berdurasi 40 minit ini merupakan drama pertama Suria FM yang mengenengahkan genre 'Psikologi Emosional Raya' dengan fokus terhadap kepentingan pengurusan mental dan emosi. Drama ini mengisahkan perjalanan jiwa beberapa individu yang terlibat dalam kemalangan tragis pada malam raya, memaksa mereka mengharungi proses penyembuhan yang mencabar. Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, "Hayati" merupakan drama raya ketujuh yang diterbitkan oleh Suria FM sejak 2019. Idea dan skrip drama ini telah digarap sejak September 2024 dan mendapat persetujuan Yaya Empire pada November 2024. Drama ini dibintangi oleh barisan penyampai Suria FM serta pelakon popular sepe...

PENGORBANAN TERLARANG TERUNGKAP DALAM ‘SENYAWA’

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2024 - Mungkin jarang diperkatakan tentang isu tabu ini, perihal ‘ibu tumpang’ di kalangan umat Islam, namun pengorbanan terlarang bakal terungkap dalam drama bersiri terbaharu berjudul ‘SENYAWA’ pada 25 Oktober ini. Aplikasi penstriman popular Asia, iQIYI sekali lagi mempersembahkan sajian istimewanya melalui barisan pelakon handalan tanah air seperti Trisha Ooi, Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Datin Nina Juren, Liang Chia, Aleza Shadan, Heryanto Hassan dan ramai lagi, manakala arahan oleh pengarah berpengalaman, Eyra Rahman. Drama ini mengisahkan tentang Zabrina (lakonan Trisha Ooi), seorang ahli perniagaan wanita berjaya hidup dalam rumah tangga yang bahagia, namun di sebalik kejayaannya, Zabrina berdepan dengan pelbagai konflik. Setelah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar (lakonan Shahz Jaszle), Zabrina mengalami keguguran dan disahkan menghidap ‘cervical insufficiency’. Tertekan dengan desakan ibu mertuanya, Dato’ Asmida (lakon...

REMY ISHAK SEBAGAI BAPA TUNGGAL DI DALAM 'RESTU'.

Image
Oleh: RyesHazmanja. Bersaksi kan di The Met ,Mont Kiara,Kuala Lumpur bertarikh 23 April 2024 telah berlangsung pelancaran drama bersiri bertajuk 'Restu' yang di bintangi pelakon utama hero Malaya kita ' Remy Ishak ' yang bakal di tayangkan di platform aplikasi 'IQIYI' pada 26 April 2024 pada Jam 9 malam. Drama bersiri 10 episod ini di bintangi oleh bintang-bintang hebat tanahair seperti Remy Ishak,Wana Ali,Siti Elizad, Ahrinie Aharudin,Elizebeth Tan,Puteri Rafasya dan bintang sokongan Adlin Aman Ramli ,Emilia Rosnaida dan beberapa lagi bintang hebat.Drama ini di arahkan oleh pengarah terkenal tanahair lagi tersohor ,Heykal Hanafiah dan produksi Infinitus Production selaku penerbit drama bersiri ini. Pengurus besar IQIYI Malaysia & Singapura,Encik Jony Deng berkata "Selepas kejayaan drama Rampas Cintaku 2 yang di lakonkan oleh Fasha Sandha dan Erra Fazira, IQIYI bakal melancarkan drama terbaru bertajuk RRSTU" demi untuk memenuhi permintaan penonton ...