MENONTON ALA SANTAI DI MALAYSIA’S FIRST VIEWING PARTY DEDICATED VENUE DI MVP BY MIVAS @ ONE CITY SUBANG JAYA.

Subang Jaya – Buat julung kalinya satu tempat khas telah dibuat khusus untuk peminat-peminat setia bola sepak dan peminat sukan untuk menonton secara santai perlawanan bola sepak Malaysia secara langsung (viewing party) yang mana ia dikenali sebagai MVP by Mivas @ One City Subang Jaya. MVP by Mivas @One City ini adalah hasvfil idea dari sebuah syarikat kecil bumiputera yang dikenali sebagai Mivas City Sdn Bhd yang telah membuat tayangan pertama sempena Piala Asia (AFC) pada 16hb Januari 2024 yang lalu bertempat di East Boulevard, Jalan USJ 25/1A, One City, 47100 Subang Jaya Selangor di mana telah mengumpul lebih kurang 40 orang untuk bersama-sama menyokong pasukan Malaysia dan lebih kurang 100 orang pada perlawanan kedua Piala Asia (AFC) pada hari Sabtu, 20 Januari 2024. MVP by Mivas @ One City ini adalah satu idea yang berkonsepkan santai dimana satu tempat lapang berbumbung seluas 4500 kaki persegi yang ditukarkan menjadi Kawasan berumput tiruan dengan paparan screen yang besa...