ASTRA Kini 'Bateri Pilihan Mekanik'- Bateriku Kukuh Kedudukan Pasaran Dengan Makmal Baharu

YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Industri MITI ketika memberikan ucapan perasmian. Oleh: Papadin. SHAH ALAM, 08 OGOS 2025 - Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia perkhidmatan bantuan tepi jalan nombor satu di Malaysia, hari ini mencatatkan pencapaian bersejarah dengan melancarkan bateri automotif ASTRA yang menjadi jenama pertama di negara ini menerima pensijilan SIRIM untuk kesemua 28 SKU produknya. Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Industri MITI, turut menyaksikan pembukaan rasmi Makmal Kualiti Bateriku yang akan memastikan kawalan mutu dalaman yang ketat bagi setiap produk yang dikeluarkan. Kejayaan ASTRA bukanlah satu kebetulan memandangkan jenama ini telah mencatatkan jualan melebihi 1 juta unit dalam tempoh tiga tahun sejak diperkenalkan. Kekuatan ini disokong oleh ekosistem Bateriku yang komprehensif merangkumi 225 pitstop fizikal di seluruh negara dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak terlatih dari Aka...