Posts

Datuk Ramli Sarip Dan Ella Bakal Bergabung Dalam Konsert 'KEMBARA KITA'

Image
Bermula dengan kembara muzik rock yang beza arah tuju dan haluannya, takdir akhirnya menemukan lagenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip dengan Ella Aminuddin di  persimpangan yang sama. Segalanya bermula apabila Datuk Ramli Sarip diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai produser untuk album studio Ella setelah ratu rock tanah air ini mengambil keputusan untuk bergerak secara solo selepas mencapai kejayaan bersama Ella & The Boys termasuklah pengli batan mereka di dalam Battle Of The Bands.  Akhirnya muncullah kolaborasi di antara Datuk Ramli Sarip dan Ella sebagai produser-penyanyi menerusi tiga album studio iaitu Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (awal 1990) dan Identiti (akhir 1990).  Pengemis Cinta menampilkan lagu hits seperti Pengemis Cinta dan Permata Biru, Puteri Kota (Tiada Tangis Lagi, Kembara Kita dan Puteri Kota), manakala Identiti pula (Kasih, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Cinta Selembut Sutera).  "Waktu say...

500 Peminat Dirai Dalam Konsert Eksklusif "The Singing Pizza"

Image
Pizza Hut and Universal Music Malaysia sekali lagi telah berkoloborasi dengan membawakan pengalaman istimewa buat penggemar pizza dan muzik di malam penuh pesona menerusi konsert ‘The Singing Pizza’! Seramai 500 orang peminat hadir ke konsert eksklusif tersebut yang menampilkan tujuh artis-artis terkemuka Malaysia; Alvin Chong; duo tempatan Mandopop terkenal, ThomasJack; bintang hip-hop, Aman Ra; penyanyi pop harapan, Shalma Eliana; dan vokalis Mandopop tersohor, Zen.  yang berlangsung di Bentley Music Auditorium di Petaling Jaya Sabtu lalu. Konsert yang dibawakan khas buat rakyat Malaysia selepas beberapa siri aktiviti bertemakan minat dan kesungguhan dijalankan di bawah kempen “The Singing Pizza” ini merupakan sebuah kerjasama dua industri di antara Pizza Hut Malaysia dan Universal Music Malaysia, untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani hidup dengan lebih bermakna menerusi pengalaman menikmati piza yang dipertingkat m...

“Dogma Dunia Baru” Grausig

Image
Grausig bukanlah band yang harus dipinggirkan  apatah lagi mereka telah mewarnai persada hiburan berat Indonesia sejak tahun 1990an lagi.  Meskipun telah tampil dengan pelbagai album studio ternyata album ke enam mereka yang berjudul Dogma Dunia Baru masih lagi di nominasi dengan nuansa oldschool death metal. Dogma Dunia Baru telah diriliskan pada tahun 2018 dan hadir dengan barisan penggempur baru iaitu Bolonk (Vokal), Ewin (Bass), Septian (Gitar), Mame ( Gitar & Backing Vokal), dan Denny (Drum).  Grausig menterjemahkan setiap lagu yang mewarnai Dogma Dunia Baru dengan rencah dan acuannya sendiri namun masih utuh pada paksi death metalnya.  8 buah lagu memecah halwa dengar dengan mengekalkan bahasa Indonesia sebagai pengantara. Sarat dengan tema kritikan sosial secara terus agar pendengar hadam dengan mesej yang hendak di sampaikan selain sarat dengan lontaran vokal growl yang penuh amarah seraya petikan gitar serta hentakan padu drum yang menguatk...

Ella, Hujan, Pop Shuvit dan Bunkface Antara Yang Bakal Beraksi Pada Konsert Housboom Music 2019

Image
Konsert Housboom Music 2019 bakal menghimpunkan 7000 penonton dan dibarisi oleh nama-nama besar penyanyi dan kumpulan muzik. Tiket konsert bakal dijual serendah RM30 untuk persembahan skala besar selama 7 jam  Gabungan genre muzik rock, hip hop , reggae dan ska diatas satu pentas konsert Susulan kejayaan penganjuran Housboom Music pada tahun 2018, syarikat minuman tempatan, Housboom bakal menganjurkan sebuah konsert berskala besar 'Housboom Music 2019' pada 10 November 2019 bertempat di The Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan. Konsert HM2019 yang bakal berlansung selama 7 jam bermula  seawal 3 petang sehingga 10 malam itu akan dibarisi oleh nama-nama besar penyanyi serta kumpulan muzik tersohor seperti Ella, Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang dijangka bakal menarik seramai lebih 7000 peminat musik tempatan. Gabungan unik antara genre muzik rock, hip hop, reggae da...

Nizam Laksamana, Aming Spring Dan Amir Ukays Bakal Jayakan Showcase Amal Lagenda 90an

Image
Sebuah Showcase Amal Artis Legenda 90an (2.0) bakal diadakan pada 31 Januari 2020 yang dianjurkan oleh Nizam Laksamana Production dan Saudaar Seni. Acara tersebut diadakan berikutan kejayaan Showcase terdahulu yang telah berlangsung pada 22 Februari 2019 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.  Pihak penganjur terpanggil untuk mengadakan showcase ini sekali lagi kerana melihat keadaan semasa penggiat-penggiat seni yang melalui fasa kepayahan hidup lantaran masalah kesihatan sehingga ada yang tidak lagi mampu meneruskan kerjaya yang selama ini menampung perbelanjaan kehidupan.  Melalui penganjuran showcase amal ini, pihak penganjur berharap dapat kembali mengumpul rakan-rakan artis yang masih aktif berkarya dan membuat persembahan untuk merasa denyut nadi rakan-rakan penggiat seni yang sedang mengalami detik pedih kehidupan dengan turut serta membantu membuat persembahan.  Pihak penganjur juga berterima kasih atas pengorbanan setiap seorang dari mereka ini apabil...

Kehangatan Maharaja Lawak Mega 2019 Kembali Membara

Image
Program realiti pertandingan komedi yang paling dinanti-nantikan  oleh peminat tegar lawak di rantau ini , Maharaja Lawak Mega kini kembali menemui peminat-peminat bagi edisi 2019. MLM 2019 bakal membuka tirainya secara rasmi pada setiap hari Jumaat mulai 1 November 2019, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut MLM 2019' akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan distrim melalui platform Astro Go dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.  Majlis bagi memperkenalkan para peserta MLM 2019 telah diadakan petang tadi bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Antara barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan 'Cali' dari Brunei, 'Bocey', 'Zero', 'Rare', 'Puteh', 'Stone', Jambus', 'Rojak' dan juga juara program 'Muzikal Lawak Superstar musim pertama, 'J-...

Konsert Siri Jelajah Loudness Rise To Glory Di KL

Image
Ketika era kegemilangan muzik rock di Malaysia pada 1980-an, nama Loudness tidak lekang daripada bibir peminat muzik rock tempatan.  Mereka telah mencetuskan fenomena dalam arena muzik rock tempatan terutama pada pertengahan 80-an kini akan beraksi sekali lagi di Malaysia.   Loudness yang kini dianggotai Minoru Niihara (penyanyi), Akira Takasaki (gitar), Masayoshi Yamashita (bass) dan Masayuki Suzuki (dram - pemain dram asal mereka, Munetaka Higuchi meninggal dunia pada 2008) ini cukup dekat dengan rocker Malaysia.   Meskipun ianya sudah memasuki edisi ketiga mereka mengadakan persembahan di Malaysia namun auranya masih kuat di sanubari peminat tegar kumpulan yang berasal daripada negara matahari terbit ini. Kumpulan yang cukup dikenali di seluruh pelosok dunia itu akan mengadakan konsert Loudness Rise To Glory Tour:Malaysia 2019 di The Bee, Publika Kuala Lumpur bermula pukul 7 malam pada 10 November ini. Kedatangan mereka adalah untuk mempr...