Posts

JELAJAH SELANGOR BEKERJA 2021 TAWAR 25 RIBU PELUANG PEKERJAAN TERMASUK INDUSTRI AEROANGKASA.

Image
  Selasa 12 Oktober 2021 Kerajaan Negeri Selangor memandang berat tentang kadar pengangguran yang direkodkan untuk Selangor pada suku kedua tahun 2021 adalah sebanyak 4.4% iaitu 165 ribu penganggur, keadaan ini adalah sebahagian dari kesan krisis pandemik Covid-19 yang melanda dunia awal tahun 2020. Di atas kesedaran bagi mengurangkan kadar pengangguran di Selangor, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan akan meneruskan program Jelajah Selangor Bekerja 2021 ke seluruh negeri bermula dari 23 Oktober 2021 hingga Disember 2021. Program ini diadakan secara hybrid iaitu atas talian dan fizikal, serta tidak mengabaikan standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan seiring dengan fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Di antara kelainan Jelajah Selangor Bekerja 2021 kali ini adalah dengan memberi tumpuan kepada peluang pekerjaan dalam industri aeroangkasa dengan kerjasama Invest Selangor Berhad. Program jelajah ini menaw...

Search X Akim Bakal Gegar Melaka 10 April Ini

Image
 Meskipun sudah dua kali kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19. Dalam tempoh itu, pelbagai keluhan dapat disaksikan terutama daripada penggiat seni nyanyian yang tidak dapat beraksi di pentas terbuka seperti konsert besar dan sesi bertemu peminat. Sungguh pun sedemikian, kerajaan tetap peka malah memberikan lampu hijau agar penggiat seni dapat meneruskan kelangsungan hidup namun perlu akur dengan SOP yang diberikan. Bertitik tolak dari itu maka pihak Playmad Sdn Bhd akan menganjurkan showcase Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim yang bakal berlangsung pada 10 April ini, jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka. Pengunduran Amy sebagai vokalis kumpulan rock legenda, Search, Mac tahun alu, tidak mematahkan semangat band itu untuk meneruskan perjuangan mereka. Showcase Rockology Malaysian Tour 2021 yang menampilkan kolaborasi Search yang diwakili oleh Din (gitar), Kid (gitar), Pae (dram) dan Galang (bassist) ...

Tribute Istimewa Emma Sempena 30 Tahun Penubuhan Revolusi

Image
  Klimaks kepada wirama rock di Malaysia sekitar tahun 80an dimana pelbagai jenama rock mula muncul ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, namun kekuatan sesebuah jentera itu bergantung kepada album mahupun muzik yang mereka garapkan.  Tidak hairanlah jika kumpulan Revolusi juga menjadi antara jenama yang sentiasa menerawang di minda peminat muzik tegar rock. Setelah 30 tahun mencipta jenama sendiri, Revolusi wajar mendabik dada kerana masih utuh menjulang panji-panji kendiri apatah lagi masih lagi kekal dengan anggota asal yang masih aktif bermain muzik biarpun hanya sekadar berada di belakang tabir serta melakukan kerja-kerja hakiki demi meneruskan kehidupan. Menoleh seketika ke belakang bagaimana Revolusi yang di asaskan oleh Yazeed pada tahun 1987 yang bertindak sebagai pemain drum telah mengumpulkan barisan penggempur iaitu Roslan Jantan – bassis, Zul Haidi – gitaris, Mohd Saidin-gitaris dan Rahimah selaku vokalis. Tahun 1990 merupakan tahun yang cukup bermakna ...

RYAN DEEDAT AJAK BERDANSA DENGAN ‘MONALISA’

Image
Hampir 10 tahun berkecimpung dalam arena muzik tempatan, penyanyi dan komposer Ryan Deedat semakin selesa dengan hala tuju muziknya. Penyanyi yang mesra disapa sebagai Ryan ini memulakan kerjaya nyanyiannya bersama kumpulan alternatif rock RVL sejak tahun 2010. Bersama kumpulan RVL, Ryan pernah beraksi sebagai pembuka tirai dalam konsert-konsert artis antarabangsa seperti Simple Plan, Against The Current, Tiffany Alvord, Jason Chen, Megan Nicole, Clara C dan artis K-Pop, Alexander dari kumpulan “U-KISS”.  Namun sejak bergerak solo pada tahun 2017, nama Ryan semakin dikenali peminat muzik. Menerusi single debut ‘Salimah’, Ryan berjaya menempa nama apabila gandingannya  bersama Allahyarham Sandra Dianne dalam lagu ‘Salimah’ mendapat sambutan hangat sehingga berjaya menjuarai carta radio dan tersenarai dalam cara platform digital seperti Joox. Selepas kejayaan ‘Salimah’, Ryan juga pernah muncul dengan beberapa single seperti ‘Propa’ (2019) dan ‘Menari Dalam Gelap’ (2020). Bagi m...

COPERO VIPER MUNCUL DENGAN 'WALI PENDEKAR'

JOM SUPPORT MEREKA...

'NOBODY' dari Faizal Tahir

Image
  Jatuh dilambung kuda setinggi 8 kaki, Faizal Tahir tetap berdegil Kredibiliti komposer dan penyanyi, Faizal Tahir dalam menghasilkan lagu tidak perlu disangkal lagi. Malah, figura yang sudah 15 tahun berada dalam arena muzik tempatan ini menjadi antara idola bagi kebanyakan generasi baru baik dalam bidang penciptaan lagu mahu pun nyanyian.   Satu kelebihan Faizal, 42, atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohd Tahir apabila setiap karya yang dihasilkan itu sarat dengan mesej berguna bukan saja untuk diri sendiri, tapi buat pendengar dan masyarakat umumnya.   Tidak kira genre lagu yang ditampilkan pada setiap karya, Faizal berjaya memikat hati peminat muzik tempatan sekali gus mencipta fenomena tersendiri.   Terbaharu, Faizal yang popular menerusi lagu Ragaman muncul menerusi single Nobody terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia selaku pengedar.   Menurut Faizal, perkara penting yang ingin disampaikan dalam lagu Nobody ini adalah m...

RUMAH KITA SYURGA KITA KONSERT MUZIK PALING HANGAT!

Image
Konsert Rumah Kita Syurga Kita bahagian satu yang dibawakan syarikat rakaman 17Eleven Music pada 8 April lalu mendapat sambutan hangat dan maklum balas positif. Malah, konsert yang ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music itu adalah yang pertama seumpamanya dalam negara sekali gus memberikan warna baru pada industri hiburan tempatan. Bukan satu, tapi konsert ini akan dijayakan dalam tiga siri yang mana bahagian kedua pada 15 April dan ketiga pada 22 April, jam 3 petang di saluran YouTube sama. Menariknya, siri dua dan tiga konsert ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada stesen radio popular, Hot FM. Bertepatan dengan tagline Muzik Paling Hangat, siri dua dan tiga konsert ini turut menampilkan barisan penyanyi popular dengan lagu hangat mereka. Antara yang terbabit pada bahagian kedua konsert ialah Achey menerusi lagu Yang Terindah, Neon Band (Kaca), Adzrin (Bagai Lagu Indah), Izzal Anuar (Lumpuh), Adly Sofwan (Agenda) dan Izaan (Merindu...