JELAJAH SELANGOR BEKERJA 2021 TAWAR 25 RIBU PELUANG PEKERJAAN TERMASUK INDUSTRI AEROANGKASA.
Selasa 12 Oktober 2021 Kerajaan Negeri Selangor memandang berat tentang kadar pengangguran yang direkodkan untuk Selangor pada suku kedua tahun 2021 adalah sebanyak 4.4% iaitu 165 ribu penganggur, keadaan ini adalah sebahagian dari kesan krisis pandemik Covid-19 yang melanda dunia awal tahun 2020. Di atas kesedaran bagi mengurangkan kadar pengangguran di Selangor, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan akan meneruskan program Jelajah Selangor Bekerja 2021 ke seluruh negeri bermula dari 23 Oktober 2021 hingga Disember 2021. Program ini diadakan secara hybrid iaitu atas talian dan fizikal, serta tidak mengabaikan standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan seiring dengan fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Di antara kelainan Jelajah Selangor Bekerja 2021 kali ini adalah dengan memberi tumpuan kepada peluang pekerjaan dalam industri aeroangkasa dengan kerjasama Invest Selangor Berhad. Program jelajah ini menaw...