Posts

D'OTAI BOYZ MUNCUL DENGAN SINGLE 'PERMATA KU'

Image
30 Oktober 2021  Lagu terbaru kami bertajuk “Permata Ku” berentak lebih kepada Balada Rockestra. Sinopsis lagu ini mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab-sebab yan tertentu kemungkinan curang atau sakit. Terpulang pada pendengar yang menilaikan. Band D’OtaiBoyz ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal The OtaiBoyz tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang singkat setahun sahaja. Kini 2021, dapat meneruskan kembali band ini sebagai projek band dan bertukar nama ke D’OtaiBoyz. Kami pilih nama itu sebab untuk ketengahkan lagu-lagu malar segar (Otai) berentak “rock kapak” dan Boyz disebabkan nama vocalist kami iaitu Boy Botak. Kepada anda boleh mendengarkan lagu ini dipautan yang disertakan:  https://youtu.be/uTKqQ_KE0eo

PELANCARAN 'JOM JALAN-JALAN' PETRON MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TOURISM MALAYSIA

Image
  YB Dato' Sri Hjh Nancy Shukri (Menteri MOTAC) menerima cenderahati daripada Puan Faridah Ali  (Pengurus Besar Petron Malaysia). KUALA LUMPUR, 27 October 2021 —Seiring dengan pembukaan semula perjalanan domestik antara negeri, Petron Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia pada hari ini melancarkan kempen ‘Jom Jalan Jalan’ untuk mempromosikan pelancongan domestik.  Dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Nancy Shukri dan dihadiri oleh Pengurus Besar Petron Malaysia, Pn. Faridah Ali, kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini akan berlangsung selama lima bulan dan bertujuan untuk memberi ganjaran menarik kepada pelanggan termasuk pakej percutian dan wang tunai untuk meneroka tempat pelancongan menarik di dalam negara.  Petron bekerjasama dengan rakan pelancongan dan resort tempatan seperti Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! At Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Glamz Genting, Sepilok Forest Edge dan Culvert Sa...

Selangor Perkenal Enakmen Penggerak Belia, Beri Iktirafan Terhadap Anak Muda

Image
 25 Oktober- Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan Enakmen Penggerak Belia yang akan dibentangkan di Dewan Negeri pada November ini.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ini bertujuan bagi mewujudkan suatu organisasi kukuh bagi mendekati belia dan persatuan belia negeri Selangor.  “Ini selaras dengan kajian-kajian yang telah kita lakukan, kita punyai ‘attachment’ dengan Universiti Putra sebagai contoh sebelum inidan beberapa institusi lain supaya program anak muda dan belia sentiasa releven. “Kita membuktikan bahawa negeri Selangor sebuah negeri yang menyatuni dan melayani semua pihak termasuk kelompok anak muda,” katanya dalam Program Penyerahan Watikah Penggerak Belia Selangor (PeBS) di Dewan Jubli Perak pada Ahad.  Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan penyerahan watikah ini merupakan tanda kepercayaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada pemimpin muda di Selangor....

Kempen Siri Jelajah Selangor Bekerja 2021

Image
 

SIRI PERTAMA JELAJAH SELANGOR BEKERJA 2021

Image
23 Oktober 2021-Shah Alam  Kerajaan Negeri memandang berat tentang kadar pengangguran yang semakin meningkat sejak penularan pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menganjurkan Jelajah Selangor Bekerja 2021 dari 23 Oktober 2021 sehingga Disember 2021.  Bagi siri pertama, Jelajah Selangor Bekerja 2021 telah berlangsung di Dewan Jubii Perak, Pejabat SUK Selangor, Shah Alam pada hari ini. Siri pertama jelajah ini menawarkan hampir 3000 peluang pekerjaan yang meliputi pelbagai sektor seperti aeroangkasa, perkhidmatan, pembuatan, pemakanan, kewangan, logistik, automotif, senireka dan sebagainya. Siri pertama jelajah ini melibatkan lebih 40 majikan. Antara syarikat ternama yang terlibat seperti Proton Edar, Parkson Corporation Sdn Bhd, Ayamas Food Sdn Bhd, Nando’s, Daikin Malaysia, Old Town White Coffee, Prudential BSN Takaful, GE Aerospace, PHN Industry, Panasonic dan banyak lagi dari sektor pekerjaan.  Setakat ini, program ini mencatatkan penerimaan h...

PERMAS BANTAH PENGGUNAAN NAMA 'TIMAH' PADA ARAK

Image
  19 Oktober 2021- Kuala Lumpur Timbalan Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Ybhg Dato' Ismail Awang hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, KL membantah mengenai penggunaan nama 'TIMAH' pada jenama arak serta logo dipercayai wajah seorang alim ulama Islam. Beliau juga menganggap ianya biadap serta tidak sopan terhadap seluruh umat islam nusantara. Belaiu memohon pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu tersebut. Sementara itu Ybhg Dato' Yusri (Pengerusi PERMAS WP) merasa terkilan serta dukacita kelulusan di atas jenama 'TIMAH' pada arak yang dikeluarkan. Beliau berharap pihak-pihak yang berkenaan dapat jalankan tugas sebaik mungkin agar dapat menjaga kerharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia.    

SUMBANGAN MINYAK PETROL OLEH PPIM DAN YAYASAN AFDLIN SHAUKI (YAS)

Image
 19 Oktober 2021-Kuala Lumpur PPIM melalui Ketua Aktivis nya Ybhg Dato' Nadzim Johan dan Pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS) Dato' Afdlin Shauki sudi turun padang dengan memberikan minyak petrol untuk 300 penunggang motosikal secara percuma. Program ini bagi meringankan sedikit bebanan kepada penerima di kala negara dilanda wabak Covid 19.