Posts

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BAGI PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN SUKAN DI SELANGOR

Image
Shah Alam, 25 Nov 2021  Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) dan Management Science University (MSU) serta MSU Medical Center (MMSUMC) hari ini telah melakar sejarah Negeri Selangor dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara MSN Selangor dengan MSU dan MMSUMC. Memorandum ini, membentuk satu kerjasama antara dua pihak yang secara keseluruhannya bertujuan kearah memenuhi keperluan pembangunan dan penyelidikan sukan di Negeri Selangor. Memorandum Persefahaman antara MSN Selangor dengan MSU yang dimaktubkan hari ini merangkumi: i. Melaksanakan penganalisaan data dan penyelidikan untuk kepentingan bersama; ii. MSU akan memberikan latihan dan taklimat kepada MSN Selangor dalam bidang berkaitan kejurulatihan, pengurusan, teknikal dan kemahiran berfikir; iii. MSU dan MSN Selangor akan berkongsi hasil analisis serta penemuan baru melalui pembentangan di seminar, bengkel, persidangan dan penerbitan ilmiah; iv. MSU meningkatkan kebolehupayaan sumber dan modal insan M...

MISI BANTUAN BANJIR DAN SUMBANGAN DARI 'SERVE'

Image
 Lembah Jaya, Ampang 25 Nov 2021 Hari ini YB Khairuddin Othman (EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor) bersama sukarelawan SERVE melawat serta membantu mangsa-mangsa banjir kilat yg berlaku baru-baru ini.Sebanyak 240 keluarga terlibat dalam banjir yang berlaku Sebanyak 300 set 'converter' diserahkan kepada keluarga yang terlibat.Selain itu Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) akan melihat jenis sumbangan lain yang diperlukan untuk disalurkan. Selain itu seramai 300 anggota SERVE dikerahkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir bagi kerja-kerja pembersihan rumah dan sebagainya agar penduduk dapat pulang ke rumah dengan kadar segera.

INISIATIF RM155,000 KEPADA 31 RUMAH PERLINDUNGAN / PEMULIHAN DAN KEBAJIKAN Di SELANGOR

Image
Kerajaan Negeri sentiasa member sokongan dan membantu kepada rumah perlindungan / pemulihan dan kebajikan dalam Negeri Selangor.  Atas tanggungjawab ini, Kerajaan Negeri dibawah portfolio Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Isiam Selangor (MAIS) telah menganjurkan majlis santuni dan memperuntukkan sebanyak RM155,000 kepada Rumah Kebajikan / Pemulihan Dan Kebajikan dalam Negeri Selangor.  Majlis yang diadakan hari ini di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor telah peruntukkan RM155,000 dengan melibatkan 31 rumah perlindungan / pemulihnan dan kebajikan dalam Negeri Selangor.  Usaha ini merupakan tahun kedua program yang melibatkan Kerajaan Negeri dengan rumah - rumah perlindungan / pemulihan dan kebajikan di Selangor. Tahun lepas, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 116,000 yang melibatkan 29 buah rumah. ini telah menyumbang jumiah keselurunan sebanyak RM27 1,000 bagi dua tahun program ini dijalankan.  Kerajaan Neger...

D'OTAI BOYZ MUNCUL DENGAN SINGLE 'PERMATA KU'

Image
30 Oktober 2021  Lagu terbaru kami bertajuk “Permata Ku” berentak lebih kepada Balada Rockestra. Sinopsis lagu ini mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab-sebab yan tertentu kemungkinan curang atau sakit. Terpulang pada pendengar yang menilaikan. Band D’OtaiBoyz ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal The OtaiBoyz tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang singkat setahun sahaja. Kini 2021, dapat meneruskan kembali band ini sebagai projek band dan bertukar nama ke D’OtaiBoyz. Kami pilih nama itu sebab untuk ketengahkan lagu-lagu malar segar (Otai) berentak “rock kapak” dan Boyz disebabkan nama vocalist kami iaitu Boy Botak. Kepada anda boleh mendengarkan lagu ini dipautan yang disertakan:  https://youtu.be/uTKqQ_KE0eo

PELANCARAN 'JOM JALAN-JALAN' PETRON MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TOURISM MALAYSIA

Image
  YB Dato' Sri Hjh Nancy Shukri (Menteri MOTAC) menerima cenderahati daripada Puan Faridah Ali  (Pengurus Besar Petron Malaysia). KUALA LUMPUR, 27 October 2021 —Seiring dengan pembukaan semula perjalanan domestik antara negeri, Petron Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia pada hari ini melancarkan kempen ‘Jom Jalan Jalan’ untuk mempromosikan pelancongan domestik.  Dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Nancy Shukri dan dihadiri oleh Pengurus Besar Petron Malaysia, Pn. Faridah Ali, kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini akan berlangsung selama lima bulan dan bertujuan untuk memberi ganjaran menarik kepada pelanggan termasuk pakej percutian dan wang tunai untuk meneroka tempat pelancongan menarik di dalam negara.  Petron bekerjasama dengan rakan pelancongan dan resort tempatan seperti Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! At Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Glamz Genting, Sepilok Forest Edge dan Culvert Sa...

Selangor Perkenal Enakmen Penggerak Belia, Beri Iktirafan Terhadap Anak Muda

Image
 25 Oktober- Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan Enakmen Penggerak Belia yang akan dibentangkan di Dewan Negeri pada November ini.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ini bertujuan bagi mewujudkan suatu organisasi kukuh bagi mendekati belia dan persatuan belia negeri Selangor.  “Ini selaras dengan kajian-kajian yang telah kita lakukan, kita punyai ‘attachment’ dengan Universiti Putra sebagai contoh sebelum inidan beberapa institusi lain supaya program anak muda dan belia sentiasa releven. “Kita membuktikan bahawa negeri Selangor sebuah negeri yang menyatuni dan melayani semua pihak termasuk kelompok anak muda,” katanya dalam Program Penyerahan Watikah Penggerak Belia Selangor (PeBS) di Dewan Jubli Perak pada Ahad.  Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan penyerahan watikah ini merupakan tanda kepercayaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada pemimpin muda di Selangor....

Kempen Siri Jelajah Selangor Bekerja 2021

Image