Posts

SEARCH UMUM DENDEN GONJALES PENYANYI BARU

Image
  Akhirnya penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales, 38, dipilih sebagai penyanyi baru kumpulan Search dalam projek kolaborasi antara dua negara. Di Indonesia, penyanyi ini tidak asing lagi kerana beliau pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu seperti Inka Christie dan Judika. Malah, Denden juga mencuri tumpuan dunia berikutan aksinya di ‘blind audition’ program The Voice Bulgaria di mana dia membuat juri terpukau ketika menyanyikan lagu She’s Gone nyanyian asal Steelheart.   Pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib berkata, kemampuan Denden menyanyikan lagu bernada tinggi amat sesuai dengan genre muzik Search.   “Search memilih dia kerana suaranya dan dia boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dan amat sesuai dengan Search,” katanya. Menurut Noordin,   Malah,   “Dengan usia yang masih muda iaitu 38 tahun kami yakin dia boleh membawakan lagu-lagu search dengan baik. Usia yang cukup sesuai untuk kemuncak prestasi,” katanya.   Selain Noor...

YB PUAN HJH RODZIAH ISMAIL SAMPAIKAN BANTUAN SELANGOR BANGKIT

Image
 30 Disember 2021-Shah Alam Hari ini  Kerajaan Negeri Selangor melalui YB Rodziah (ADUN BATU 3) berpeluang menyampaikan bantuan Selangor Bangkit buat hari kedua kepada mangsa-mangsa banjir bagi DUN Batu 3, Shah Alam. Setiap ketua keluarga akan menerima sumbangan sebanyak rm1,000.00 tunai DUN Batu 3 terkesan sebanyak 7 kawasan,3 kawasan 'total lost' manakala 4 kawasan 60% rosak..Bagi DUN Batu 3 Dewan Alamanda, Sek 20, Shah Alam ini dijadikan lokasi pemberian sumbangan. Dalam majlis yg sama Kerajaan Pusat melalui MITI dan NADMA turut menyumbangkan rm1,000.00 bagi setiap ketua keluarga serta barangan keperluan dapur.  

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR SERAH BANTUAN SELANGOR BANGKIT (BSB)

Image
  28 Disember 2021-Paya Jaras,Selangor. Selaras dengan Sidang Media Khas Situasi Banjir di Selangor dan Bantuan Banjir Selangor Bangkit yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 27 Disember 2021, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling akan melaksanakan penyerahan pertama Bantuan Selangor Bangkit (BSB) kepada 67 orang penerima mangsa bencana banjir iaitu seramai 55 orang penerima (mangsa-mangsa yang telah ditempatkan) di PPS Dewan MBSA Paya Jaras dan 12 orang penerima (mangsa-mangsa yang ditempatkan) di PPS Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak. Penyerahan bantuan sumbangan ini akan disampaikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sendiri pada jam 3 petang di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah. Selain dari itu, Pihak Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM Selangor) akan turut serta dalam sesi ini untuk menyerahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 67 orang penerima tersebut. Jumlah keseluruhan bantuan sumbangan (BSB dan BWI) yang diterima oleh...

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BAGI PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN SUKAN DI SELANGOR

Image
Shah Alam, 25 Nov 2021  Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) dan Management Science University (MSU) serta MSU Medical Center (MMSUMC) hari ini telah melakar sejarah Negeri Selangor dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara MSN Selangor dengan MSU dan MMSUMC. Memorandum ini, membentuk satu kerjasama antara dua pihak yang secara keseluruhannya bertujuan kearah memenuhi keperluan pembangunan dan penyelidikan sukan di Negeri Selangor. Memorandum Persefahaman antara MSN Selangor dengan MSU yang dimaktubkan hari ini merangkumi: i. Melaksanakan penganalisaan data dan penyelidikan untuk kepentingan bersama; ii. MSU akan memberikan latihan dan taklimat kepada MSN Selangor dalam bidang berkaitan kejurulatihan, pengurusan, teknikal dan kemahiran berfikir; iii. MSU dan MSN Selangor akan berkongsi hasil analisis serta penemuan baru melalui pembentangan di seminar, bengkel, persidangan dan penerbitan ilmiah; iv. MSU meningkatkan kebolehupayaan sumber dan modal insan M...

MISI BANTUAN BANJIR DAN SUMBANGAN DARI 'SERVE'

Image
 Lembah Jaya, Ampang 25 Nov 2021 Hari ini YB Khairuddin Othman (EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor) bersama sukarelawan SERVE melawat serta membantu mangsa-mangsa banjir kilat yg berlaku baru-baru ini.Sebanyak 240 keluarga terlibat dalam banjir yang berlaku Sebanyak 300 set 'converter' diserahkan kepada keluarga yang terlibat.Selain itu Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) akan melihat jenis sumbangan lain yang diperlukan untuk disalurkan. Selain itu seramai 300 anggota SERVE dikerahkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir bagi kerja-kerja pembersihan rumah dan sebagainya agar penduduk dapat pulang ke rumah dengan kadar segera.

INISIATIF RM155,000 KEPADA 31 RUMAH PERLINDUNGAN / PEMULIHAN DAN KEBAJIKAN Di SELANGOR

Image
Kerajaan Negeri sentiasa member sokongan dan membantu kepada rumah perlindungan / pemulihan dan kebajikan dalam Negeri Selangor.  Atas tanggungjawab ini, Kerajaan Negeri dibawah portfolio Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Isiam Selangor (MAIS) telah menganjurkan majlis santuni dan memperuntukkan sebanyak RM155,000 kepada Rumah Kebajikan / Pemulihan Dan Kebajikan dalam Negeri Selangor.  Majlis yang diadakan hari ini di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor telah peruntukkan RM155,000 dengan melibatkan 31 rumah perlindungan / pemulihnan dan kebajikan dalam Negeri Selangor.  Usaha ini merupakan tahun kedua program yang melibatkan Kerajaan Negeri dengan rumah - rumah perlindungan / pemulihan dan kebajikan di Selangor. Tahun lepas, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 116,000 yang melibatkan 29 buah rumah. ini telah menyumbang jumiah keselurunan sebanyak RM27 1,000 bagi dua tahun program ini dijalankan.  Kerajaan Neger...

D'OTAI BOYZ MUNCUL DENGAN SINGLE 'PERMATA KU'

Image
30 Oktober 2021  Lagu terbaru kami bertajuk “Permata Ku” berentak lebih kepada Balada Rockestra. Sinopsis lagu ini mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab-sebab yan tertentu kemungkinan curang atau sakit. Terpulang pada pendengar yang menilaikan. Band D’OtaiBoyz ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal The OtaiBoyz tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang singkat setahun sahaja. Kini 2021, dapat meneruskan kembali band ini sebagai projek band dan bertukar nama ke D’OtaiBoyz. Kami pilih nama itu sebab untuk ketengahkan lagu-lagu malar segar (Otai) berentak “rock kapak” dan Boyz disebabkan nama vocalist kami iaitu Boy Botak. Kepada anda boleh mendengarkan lagu ini dipautan yang disertakan:  https://youtu.be/uTKqQ_KE0eo