Posts

“HARGAI JASA ATLET”

Image
  YB TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) menyantuni bekas atlet angkat berat para En Muhamad Koh Abdullah sambil di perhatikan oleh En Mohamad Nizam Marjugi (Pengarah Eksekutif MSNSel) dan Ybhg Dato' Hj Noorul Ariffin (Pengerusi YAKEB). Foto: Azuddin Ahmad Zin. Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan amat prihatin dan menitikberatkan kebajikan atlet dengan memberikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM200 kepada 200 penerima yang terdiri daripada atlet, atlet sukan para dan bekas atlet dan yang telah berjasa dan mengharumkan nama Negeri Selangor dan Malaysia. YB TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor) menyampaikan sumbangan kepada bekas atlet. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Inisiatif sumbangan ini adalah penghargaan besar Kerajaan Negeri, sekaligus, membantu mengurang...

Artis-Artis BBNU Awal Muzik Entertainment raikan anak-anak yatim.

Image
Artis-artis dibawah naungan Awal Muzik Entertainmet sempat memberikan pose kepada jurufoto media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.  Program Iftar Ramadhan Bersama Anak Yatim berlangsung di TH Hotel Kelana Jaya anjuran Awal Muzik dan Awal Hijrah bertujuan menyantuni anak-anak yatim bersama tetamu-tetamu jemputan khas dan rakan-rakan media yang lain. Disamping itu menyampaikan sumbangan untuk anak-anak yatim dari Persatuan Anak Yatim & Ibu tunggal Nor Hikmah. Syawal kali ini, Awal Muzik tampil lagi dengan 2 lagu raya baru yang bertajuk Raya Dah Tiba (Syameer azmi, Heedan Mohd & Danial Kifli) dan Gembira Di Hari Raya (Ilham Fitri & Dania Hatta). Sebagaimana beberapa penyanyi popular tanah air mengambil inisiatif menghasilkan lagu raya, begitu juga bagi bakat baharu di bawah naungan Awal Muzik Entertainment yang diterajui oleh Encik Saidin Noordin atau nama pena beliau Knight Cydeen. En Saidin Nordin (Pengarah Awal Muzik Entertainment) (kiri) bersama wakil dari TH Hotel memberikan ...

DATO' M NASIR UBAT KERINDUAN PEMINAT MENERUSI KONSERT SATU HARI DI HARI RAYA

Image
“Sebagai penyanyi, saya sendiri sangat berbesar hati dengan tawaran yang diberikan"- Dato' M Nasir.  Foto: Azuddin Ahmad Zin Tiga tahun tidak beraksi, Sifu kembali dengan sebuah konsert amal. Masih basah dalam ingatan aksi hebat Dato M Nasir menjayakan konsert solo sernpena empat dekad Pembabitannya dalam belantera seni tiga tahun lalu. Dan siapa sangka itulah persembahan terakhir dari artis artis serba boleh itu kerana pada 2020, industri hiburan ‘sepi' dari sebarang penganjuran konsert berskala besar berikutan pelaksanaan perintah kqwalan pergerakan (PKP) bagi men gekang penularan wabak COVID-19,  Meskipun keinginan untuk mengadakan konsert serupa masih oda namun hasrat itu terpaksa beliau pendamkan disebabkan situasi tidak mengizinkan. Temyata doa M.Nasir atau nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed ini dijawab Tuhan apabila dia menerima tawaran untuk menjayakan Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir yang bakal diadakan pada 27 Mei 2022 bertempat di Dewan Merdek...

RM 3 SAHAJA IFTAR BERTARAF HOTEL DI RUMAH PRIHATIN @ GRAND SEASONS

Image
YB Tan Sri Dato’ Sri Panglima TPr Annuar Hj Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Pengasas Rumah Prihatin @ Grand Seasons (dua dari kanan) melancarkan Iftar Rumah Prihatin. Rumah Prihatin @ Grand Seasons akan menganjurkan Iftar Rumah Prihatin yang bertaraf hotel dengan bayaran RM 3 sahaja bermula 11 April sehingga 1 Mei 2022. Majlis pelancaran pada malam ini akan disempumakan oleh YB Tan Sri Dato’ Sri Panglima TPr Annuar Hj Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Pengasas Rumah Prihatin @ Grand Seasons. Menu yang disajikan pada mafam ini dan sepanjang Iftar Rumah Prihatin disediakan oleh Chef bertaraf hotel 5 bintang dan Sukarelawan Wilayah Prihatin (PRIVO) yang mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan dalam dan luar negara. Selain itu iftar ramadhan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dengan masyarakat tanpa mengira latar belakang berdasarkan konsep Keluarga Malaysia. Majlis ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran berkenaan penubuhan Sukarelawan...

Pencapaian melangkaui target asal-PGMS

Image
  Pasukan  PERSATUAN GABUNGAN MUAYTHAI SELANGOR  bergambar bersama piala yang dimenangi mereka di  Kejohanan Muaythai Elit Senior Dan Junior Kebangsaan 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kejohanan Muaythai Elit Senior Dan Junior Kebangsaan 2022 telah diadakan di PUTIK, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Mac – 21 Mac yang lalu. Pihak Persatuan Gabungan Muaythai Selangor (PGMS) telah menghantar seramai 21 orang peninju terdiri daripada 14 orang peninju lelaki dan 7 orang peninju wanita . Kesemua peninju merupakan ahli kelab-kelab Muaythai di seluruh Selangor yang telah dipilih berdasarkan prestasi dan rekod cemerlang di kejohanan-kejohanan yang telah mereka sertai sebelum ini. Pencapaian kali ini telah melangkaui target asal yang mana pihak PGMS hanya menyasarkan 1 Emas tetapi kita berjaya membawa pulang 7 Emas, 2 Perak dan 6 Gangsa. Selain itu Kontinjen Selangor juga telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kategori Elit Junior 2022 dan mendapat ranking nombor 3 kebangsaan...

Lebih 20 Selebriti Popular ‘Last Minute’ Sertai AdHoc Raya.

Image
Didie Alias (Penyelaras dan Penasihat Acara), Khairul Azlan (Pengarah Eksekutif Todak Fusion Sdn Bhd), Puan Shahirah Nasharuddin (Pegawai Operasi (CEO) Sakura Events)  dan Fazli Zainal bergambar semasa sesi penyerahan cek. Foto: Razali Razak. Kalau sudah dinamakana ‘AdHoc’ yang bermaksud tanpa perancangan awal atau ‘last minute’, maka jangan hairan atau pelik jika tiba-tiba nama AdHoc Raya 2022 meniti di bibir ramai penggemar festival membeli-belah Aidilfitri.  Usah pelik atau hairan juga, sekiranya festival jualan Hari Raya, AdHoc Raya 2022 yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 29 April ini turut mendapat sokongan memberangsangkan daripada barisan selebriti popular tanah air.  Iya!!! Benar!!!  Lebih 20 selebriti popular tempatan bakal menyertai AdHoc Raya 2022 sebagai salah satu cara memeriahkan lagi pesta membeli-belah pengakhir Ramadhan selepas 2 tahun orang ramai tidak berpeluang beraya sakan kerana pendemik Covid 19. ...

WTCKL MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM

Image
  Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Seri Irmohizam Ibrahim menyantuni anak-anak yatim. Foto: Razali Razak. Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang membawa seribu makna bagi sctiap umat Islam.  Keindahan bulan ini terpancar melalui keghairahan masyarakat yang berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan dan santunan terhadap golongan kurang berkemampuan di kalangan kita.  Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) turut merebut peluang meraikan kedatangan bulan yang mulia dengan menyantuni 30 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih. Pertubuhan kebajikan ini merupakan pusat jagaan bagi anak yatim, anak asnaf, fakir miskin dan keluarga yang kurang berkemampuan. Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Seri Irmohizam Ibrahim dan tetamu  VIP menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim. Foto: Razali Razak. Di samping menghimpun rasa syukur, WTCKL berbesar hati untuk membuka ruang kepeda anak-anak yatim dan berkongsi pengalama...