Posts

“Gila Gilaan” Kugiran Masdo X The Changcuters Undang ‘Havocs’

Image
Kolaborasi yang cukup hebat, masing-masing punya aura yang tersendiri.. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Kolaborasi yang cukup hebat, masing-masing punya aura yang tersendiri meskipun berbeza genre namun penyatuan di atas satu pentas pastinya memberi impak yang mendalam kepada khalayak. Buktinya lebih 2000 peminat telah berjaya mereka kumpulkan dalam Zepp Kuala Lumpur pada 29 Disember lalu. Biarpun ianya di adakan pada hari biasa Kugiran Masdo dan The Changcuters membuktikan bahawa mereka kini berada di platform yang betul dan punya ‘mania’ yang tidak mampu diganggu gugat. Bermimpi itu tidak salah, malah melaluinya kita akan berusaha untuk merialitikannya. “Ini memang impian yang sudah lama kami simpan dan akhirnya terlaksana, Zepp KL menjadi saksi dua genre muzik bersatu sekali gus meninggalkan pengalaman yang luar biasa kepada peminat kami,” ujar Ali sewaktu ditemui sebelum konsert bermula. “Selain pertama kali berganding bersama, kami memandang konsert ini sebaga...

Skuad MAIWP Insani Sertai Misi Bantuan Banjir

Image
Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar  melepaskan konvoi misi bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Batu Caves. Oleh: Nazrul. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM6 juta bagi membantu mangsa banjir khususnya di negeri Pantai Timur. "MAIWP turut memperuntukkan RM1 juta yang dikoordinasikan oleh JAKIM di bawah agensi-agensi agama di bawah Menteri Agama sebanyak RM1 juta untuk disatukan dalam bajet Kerajaan Persekutuan membantu mangsa-mangsa banjir", ujar Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.  Beliau berkata RM2 juta lagi untuk misi bantuan banjir dan barangan sumbangan seperti jag air elektrik, sejadah, kain batik, kain pelikat serta alatan pembersihan. Sementara itu, sebanyak RM1 juta disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan kit solat menerusi Skuad Musa’adah iaitu agensi di bawah Menteri Agama Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. “Peruntukan RM6 juta merupakan wang zakat daripada pembayar zak...

Transisi 30 Tahun OAG Penuh Emosi

Image
Shah Alam. Oleh:Zizie Hashim.  Bagi entiti yang mengikuti perjalanan seni OAG dari awal hingga kini, pastinya akan mengklasifikasikan peristiwa 25 Disember lalu sebagai lipatan sejarah yang penuh emosi. Menyaksikan OAG tetap maintain begitu, mengembalikan nostalgia melalui setlist 20 lagu-lagu lama dan baru, seraya menyelitkan mesej-mesej mencintai Allah yang satu. Bibir Radhi sang teraju utama, tidak putus-putus memuji kebesaran Allah mengajak semua berselawat nabi dan berdoa, sesuatu yang jarang-jarang kita dengar ketika 'konsert' tetapi seimbang karakter 'nakal' trademarknya, melakar sejarah tersendiri buat OAG setelah 30thn dlm indiestry. Meski bermula sedikit lewat, hingga yang menunggu 'pishang' dan terasa 'kena sidai' pada awalnya tapi semuanya sudah 'kira halal' apabila lebih 5000 peminat setia pulang dengan rasa puas dan gembira. Pertama kali membuat konsert sebesar skala stadium, pasti ramai yang berfantasi bahawa OAG akan keluar dari p...

Virus Slank Nggak Ada Matinya

Image
Foto: Maestro Ridzwan. Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Konsert 4 Dekad Slank yang dijadualkan berlangsung pada 19 November akhirnya dirialisasikan pada 25 Disember lalu. Meskipun terdapat beberapa lagi konsert yang di adakan di sekitar Kuala Lumpur, namun virus Slank masih tetap utuh. Konsert anjuran TBRW Global Sdn Bhd yang di adakan di Zepp Kuala Lumpur itu adalah bersempena meraikan ulang tahun ke 40 penubuhan kumpulan rock yang menjadi ikonik di Indonesia. Bimbim (drum), Kaka (vokal), Ivanka (bass), Abdee (gitar), dan Ridho (gitar) masih kekal bersilaturrahim di bawah panji panji Slank. “Kami merasa cukup terharu dengan sambutan yang diberikan oleh TBRW Global selaku penganjur dan peminat yang sentiasa mendokong muzik yang kami persembahkan, meskipun sudah acapkali kami manggung di Malaysia, kehadiran kami sentiasa mendapat kerjasama daripada peminat di sini”, ujar Slank yang ditemui sebelum konsert bermula. “Lebih istimewa ini merupakan kolaborasi pertama kami bersama Ratu Rock Malays...

Barbarik Pentas Keras Yang Padat, Sendat dan Sarat Dengan Energi

Image
Janji Joe Branko dan Muss untuk memberikan persembahan yang berkarisma dianggap berjaya. Foto: Maestro Ridzwan. Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Janji Joe Branko dan Muss untuk memberikan persembahan yang berkarisma sarat dengan energi  serta padat dengan momento buat peminat yang dahagakan nuansa rock sebenar telah pun  terlaksana. Buktinya lebih 2500 peminat tegar muzik rock tempatan telah hadir ke konsert Barbarik Pentas Keras  yang telah di adakan di Zepp Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu. Meskipun rata-rata peminat yang  membajiri lokasi konsert berlangsung berusia lebih 30an , namun ianya tidak sedikitpun menghalang  minat remaja yang kini turut disuntik aura muzik rock 80an. Persembahan Joe Branko yang cukup bertenaga. Foto: Maestro Ridzwan. Tepat jam 8.30 malam Pentas Keras disingkap tirainya dengan monolog yang seakan menyuntik  semangat peminat untuk terus terpaku menyaksikan adegan seterusnya. Tanpa banyak bicara Muss,  Joe Branko, Ainoll, Adi ...

HAIKAL FARID - PUJAAN, QISTINA KHALED - BENCI BENCI TAPI RINDU

Image
Subang Jaya. Oleh: Norazni. Lambakkan bakat baru yang tumbuh bagai cendawan di arena muzik tempatan kini sedikit sebanyak memberi saingan yang sihat di antara penggiat seni yang masih aktif dalam bidang ini. Tahun 2022 syarikat rakaman RUSA Music & MVM Music yang popular dengan menengahkan bakat dari penyanyi baharu yang berpotensi seperti Haikal Farid & Qistina Khaled telah mendapat respon positif dari pendengar muzik tempatan menerusi single terbaru mereka. Qistina Khaled & Haikal Farid juga dipilih sebagai figura utama bagi kolaborasi sulung di antara syarikat rakaman RUSA & MVM bersama universiti terkemuka iatu Sunway Universiti menerusi program pelancaran single terbaru mereka. Bercakap mengenai langkah kerjaya seni Haikal Farid yang pernah mencuri tumpuan dari penampilan di kaca televisyen melalui episod Immortal Songs bagi artis M Nasir dan berjaya mendapat tempat kedua dalam episod tersebut. Terdahulu single pertama beliau bersama Asfan Shah, telah membuka pelua...

Versi Berbeza Konsert Rock Hujung Benua

Image
Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Fenomena berbeza bakal disaksikan oleh penduduk Tanjung Piai di Johor ketika mereka mendepani air pasang besar dan deras, namun di sebalik kegusaran tersebut mereka bakal di sajikan dengan Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai. Bagaimanapun ia telah dikenalpasti sebagai kawasan yang selamat untuk tujuan itu. Lebih menarik ianya bakal mempromosikan pesta berkenaan yang diibaratkan sebagai ‘serampang dua mata’, dimana ianya turut diadakan satu “Konsert Amal Rock Hujung Benua Asia 2022” bakal berlangsung dengan mengetengahkan 30 lagu legenda Rock pada 24 Disember ini. Zack selaku wakil dari syarikat AirDome Event Solution yang juga penganjur konsert berkenaan berkata, konsert yang akan berlangsung di pekarangan tempat letak kereta Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, Johor adalah kemuncak acara di dalam Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai 2022. “Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia di bawah inisiatif Pelan Pemulihan Pelanc...