Posts

'BIAR'...Achey & Tantari Trending di YouTube

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur, Isnin 02 September 2024 - Dua penyanyi terkenal dalam industri hiburan tanahair, Achey dan Tantari bergabung buat julung kalinya dalam satu karya baru yang amat dinanti-nantikan peminat. Dilancarkan pada 30 Ogos ’24, lagu kolaborasi pertama mereka berjudul “Biar” sudah pun mendapat sambutan hebat pendengar di seluruh negara. Baru sahaja dimuat naik ke pelantar YouTube Jumaat lalu, muzik video rasmi lagu “Biar” sudah pun mencapai kedudukan Top 30 Trending untuk muzik di YouTube dengan jumlah tontonan melebihi 60,000 dalam masa hanya 3 hari! Seorang artis yang versatil, Achey bukan sahaja dikenali sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara tapi bakat beliau sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu turut terserlah. Lagu-lagu ciptaan dan nyanyiannya sebelum ini seperti “Sakit” (45 juta tontonan di YouTube) dan “Yang Terindah” (35 juta tontonan di YouTube) mendapat sambutan hebat pendengar. Sementara itu, Tantari atau nama sebenar Naufal Zahirul Aza...

UDIT NARAYAN BAKAL BERTEMU PEMINAT BOLLYWOOD DI PULAU PINANG NOVEMBER INI

Image
Oleh: Norazni Ismail. Pulau Pinang, 2 September 2024 – Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena,Pulau Pinang pada 28hb November 2024. Udit merupakan suara latar lagu bagi ramai ikon Bollywood dan diantaranya adalah Shah Rukh Khan, Amir Khan, Amitabh Bachchan dan banyak lagi. Sepanjang tiga dekad kariernya, Udit telah menyanyikan lebih 25 000 buah lagu dalam lebih 36 bahasa sehingga membuatkan dirinya berjaya mendapat 22.3 juta pendengar di Spotify dan juga memenangi pelbagai anugerah. Udit mula dikenali pada tahun 80’an dengan lagunya "Papa Kehte Hain," yang telah berjaya membuatnya memenangi anugerah ‘Filmfare’ yang pertama. Persembahan Udit bagi soundtrack "Qayamat Se Qayamat Tak" juga telah mengukuhkan lagi kemasyhuran namanya di Bollywood yang membawa kepada peni...

Phua Chu Kang: The Greatest Show Man Bakal Jadi Pentas Komedi Segar Terbaik Tahun Ini

Image
Oleh: Norazni Ismail. Lahir pada tahun 1997 dan berakhir 2007 dengan sebanyak 167 episod daripada lapan musim, Phua Chu Kang Pte Ltd menjadi sitkom Singapura yang paling ‘mendunia’ pada waktu tayangannya yang turut boleh disaksikan sehingga ke Malaysia. Watak ikoniknya, Phua Chu Kang dibawa dengan sangat sempurna oleh aktor Gurmit Singh akan selalu terbayang di mata peminat — seorang kontraktor berambut kerinting, bertahi lalat besar memakai but getah kuning dan mempunyai slanga bahasa Inggeris yang cukup pekat bunyi ‘Cinanya’. Dialog-dialog seperti ‘Don’t Play Play (berbunyi Don’t Pray Pray)’ atau ‘Best in Singapore, JB, and some say Batam’ pula tidak asing dalam kalangan peminat yang sering terpikat dengan aksi komedi bersahaja dari Phua Chua Kang. Kini 17 tahun setelah sitkom ini berlalu menghiburkan peminat di kaca televisyen, Phua Chu Kang mahu bertemu secara langsung sekaligus membawa nostalgia komedi-komedi licik serta segar yang tidak pernah mengecewakan. Dengan bangga penganju...

Fiesta Belia Merdeka 2024 turut diserikan dengan sambutan Hari Rock Negara.

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur 30 Ogos 2024 — Fiesta Belia Merdeka 2024 akan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 8 September 2024, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO belia termasuk International Youth Centre (IYC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL Care, dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).  Program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kemerdekaan di kalangan belia, sambil memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan generasi muda. Acara ini juga merupakan platform bagi belia untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sepanjang hari tersebut. Antara acara utama yang akan berlangsung termasuklah:  Fitness Dance Marathon: Tarian kecergasan yang menggabungkan elemen seni dan kesihatan. Karnival Kerjaya oleh PERKESO: Peluang bagi belia untuk menjelajah pelbagai peluang kerjaya dan latihan. Bike Show ...

USANITA FEST ANJUR KITA MERDEKA MADANI JIWA MERDEKA.

Image
(Dari kiri) Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,  Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil,  Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan dan  Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9 mencuba  demo seni kraf canting batik .  Foto: Azuddin Ahamd Zin. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2024 - Usanita Sdn Bhd dengan penuh semangat menganjurkan Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka di Menara Kuala Lumpur hari ini, dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Acara ini menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau, bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak, untuk menyatukan semua dalam satu program yang penuh warna-warni dan berjiwa merdeka. Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9, Yang Berhormat Tuan ...

Kini Andi Bernadee bersama Universal Music Malaysia.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 29 OGOS 2024- Sejak memasuki dunia muzik tempatan, bintang dari Sabah, Andi Bernadee, telah berjaya meninggalkan kesan dan mencipta impaknya yang tersendiri. Menjadi pelopor dalam genre muzik ‘Reggaeton’ tempatan, Andi telah menghasilkan beberapa hit dalam genre ini, sehingga namanya menjadi terkenal di Malaysia. Kini, bintang ini dengan bangganya mengumumkan bahawa dirinya baru sahaja menandatangani kontrak secara rasmi dengan label muzik terkenal dunia, Universal Music Malaysia, dalam usaha untuk meluaskan jangkauan muzik dan kerjayanya. Seperti semua penghibur yang bercita-cita tinggi, Andi mempunyai impian sendiri setelah menyertai label antarabangsa yang lebih besar. “Sebagai seorang artis, saya semestinya ingin berkembang dan sebagai penyanyi, saya merancang untuk menghasilkan album serta beberapa pertunjukan khas yang akan menyusul,” kata Andi tentang langkah seterusnya setelah menandatangani kontrak dengan Universal Music Malaysia. Apabila d...

"JELAJAH SURIA KUASA 2" DIBAWAKAN OLEH SURIA FM DAN YAYA EMPIRE

Image
  Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid- DJ Lin (kiri) dan  Puan Nadia Binti Mat Isa, Pengarah Urusan Yaya Empire (kanan). Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 29 OGOS 2024- Suria FM dengan bangganya mengumumkan Jelajah Suria kini kembali dengan konsep baharu yang lebih bertenaga, Jelajah Suria Kuasa 2, hasil gabungan kerjasama bersama Yaya Empire. Jelajah kali ini menjanjikan pengalaman yang lebih mengujakan dan bakal menjelajah ke empat lokasi utama di seluruh negara seperti di Penang, Johor, Nilai, dan Kelantan. Puan Nadia Binti Mat Isa, Pengarah Urusan Yaya Empire. Acara ini akan berlangsung selama dua hari di setiap lokasi, bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam Lokasi dan Tarikh Jelajah Suria Kuasa 2: ● Mydin Bukit Mertajam, Penang: 7 & 8 September 2024 (Sabtu & Ahad) ● Plaza Angsana, Johor Bahru: 21 &  22 September 2024 (Sabtu & Ahad) ● AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan: 28 & 29 September 2024 (Sabtu & Ahad)  ● AEON Kota Bharu,...