'BIAR'...Achey & Tantari Trending di YouTube

Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur, Isnin 02 September 2024 - Dua penyanyi terkenal dalam industri hiburan tanahair, Achey dan Tantari bergabung buat julung kalinya dalam satu karya baru yang amat dinanti-nantikan peminat. Dilancarkan pada 30 Ogos ’24, lagu kolaborasi pertama mereka berjudul “Biar” sudah pun mendapat sambutan hebat pendengar di seluruh negara. Baru sahaja dimuat naik ke pelantar YouTube Jumaat lalu, muzik video rasmi lagu “Biar” sudah pun mencapai kedudukan Top 30 Trending untuk muzik di YouTube dengan jumlah tontonan melebihi 60,000 dalam masa hanya 3 hari! Seorang artis yang versatil, Achey bukan sahaja dikenali sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara tapi bakat beliau sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu turut terserlah. Lagu-lagu ciptaan dan nyanyiannya sebelum ini seperti “Sakit” (45 juta tontonan di YouTube) dan “Yang Terindah” (35 juta tontonan di YouTube) mendapat sambutan hebat pendengar. Sementara itu, Tantari atau nama sebenar Naufal Zahirul Aza...