FAMA SIAPSIAGA PASUKAN SOKONGAN TINDAK BALAS KECEMASAN FAMA (CDERT FAMA)


 PORT DICKSON, 15 Februari 2022 - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 

(Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) meneruskan kursus CDERT FAMA 

yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bencana 

khususnya dalam kalangan kakitangan FAMA.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata selaras 

dengan Kerangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana Tahun 2015-2030 

(Sendai Framework for Disaster Risk Reduction) yang disepakati oleh 187 negara, 

menekankan bahawa pengurangan risiko bencana merupakan tanggungjawab yang 

perlu dikongsi bersama dengan semua pihak berkepentingan, membudayakan latihan 

secara bersepadu, terencana dan berkesinambungan.



Dr Ronald berkata usaha MAFI melalui FAMA dalam melaksanakan CDERT adalah 

bertepatan dan seiring dengan semangat Keluarga Malaysia yang dapat dilihat bahawa 

tugas serta tanggungjawab dalam menghadapi bencana tidak hanya terletak kepada 

pasukan penguatkuasa semata-mata. 

FAMA juga telah diperuntukan dana sebanyak 30 juta ringgit di bawah peruntukan 

Program Rangsangan Ekonomi (PRE) bagi melengkapkan kemudahan logistik dan pusat 

penyimpanan FAMA di seluruh negara. Kelengkapan seperti kemudahan ruang 

penyimpanan bagi hasil pertanian segar dan proses, kemudahan bilik sejuk 

dan kenderaan FAMA telah berjaya memantapkan lagi usaha Kerajaan dalam 

menjamin bekalan makanan negara. 

FAMA turut dilantik dan diberi tanggunggjawab sebagai penyedia kit makanan kepada 

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk disalurkan ke seluruh negara 

apabila berlaku sesuatu bencana.



“Atas dasar ini, kakitangan FAMA perlu dilatih dan diberikan kemahiran untuk membantu 

jabatan dan agensi berkuasa awam berkaitan dalam menyalurkan bantuan dan 

memberikan pertolongan kecemasan kepada kumpulan sasar yang terlibat. Latihan ini 

juga merupakan salah satu elemen yang dapat meningkatkan mutu penyampaian 

peranan FAMA sebagai agensi pelaksana dalam pemantapan jaminan bekalan makanan 

semasa krisis dan bencana,” jelas Dr Ronald.

CDERT FAMA telah dilaksanakan secara bersiri dengan kerjasama Angkatan 

Pertahanan Awam (APM) dan bagi siri pertama telah bermula pada 29 November 2021 

dengan seramai 44 orang kakitangan FAMA telah menjalani latihan asas pertahanan 

awam selama 56 jam di Institut Latihan FAMA, Port Dickson. Diikuti siri ke-2 dengan 

penyertaan seramai 34 orang dan kini siri ketiga diadakan dari 13 hingga 18 Februari

2022 dengan penglibatan seramai 163 orang. Secara keseluruhan seramai 241 orang 

kakitangan FAMA telah menganggotai CDERT FAMA ini. Melangkah kehadapan, 

seramai seribu kakitangan akan menganggotai CDERT FAMA ini pada awal tahun 2023. 

FAMA sentiasa bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada APM bagi 

sebarang misi bencana dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan FAMA serta

mengalu-alukan panggilan dari APM sekiranya terdapat kakitangan FAMA yang layak 

untuk menyertai misi bencana bagi memanfaatkan ilmu dan latihan yang telah diperolehi.

Simbolik penyampaian watikah pelantikan dan pelancaran CDERT FAMA telah 

disempurnakan oleh Datuk Dr. Hj. Abd Latiff Bin Hj. Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana 

Menteri.

Terdahulu, Datuk Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA telah

dianugerahkan pangkat Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang 

membawa gelaran sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) pada 24 Mac tahun 

lalu.

Turut hadir, Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri 

Makanan 1, Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA dan Tuan 

Aminurrahim Bin Mohamed, , Ketua Pesuruhjaya APM



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan