'HABIS SINI'...KOLABORASI NAIM DANIEL FT JOE FLIZZOW

 

World  Peace  Entertainment  Sdn.  Bhd.  dengan kerjasama Def Jam Recordings Malaysia mengumumkan, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Naim Daniel telah bekerjasama dengan Joe Flizzow untuk mengeluarkan single baharu iaitu HABIS SINI, menandakan kerjasama rasmi pertama antara kedua-dua penghibur itu.

“Saya berasa amat teruja apabila Joe Flizzow bersetuju untuk menyertai saya untuk kolaborasi ini. Ia satu penghormatan untuk bekerjasama dengannya,” kata Naim Daniel.



HABIS  SINI 
mengisahkan  tentang  bagaimana  dalam  kehidupan  seharian  kita  akan  bertemu dengan  manusia  yang  leka  dengan  menyebarkan  aiborang  lain  sedangkan  dirinya  sendiri masih penuh dengan cela.Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel dan Joe Flizzow, HABIS SINIboleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain bermula 2  FEBRUARI  2022ini.  Manakala musik video HABIS  SINI akan  dilancarkan pada tarikh yang sama di saluran Youtube World Peace Entertainment pada 8.00 malam pada hari yang sama.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan